Kalau suami bahagiakan isteri dan anak-anak, melimpah ruah rezeki datang dalam pelbagai bentuk
Jangan terpengaruh dengan kata-kata kebanyakan orang yang mengatakan isteri tanggungjawabnya menguruskan rumah, jaga anak-anak dan suami hanya berikan nafkah saja. Alasan seperti itu sudah lapuk dan tak boleh digunapakai. Tiada gunanya berkahwin jika suami menganggap isteri sebagai 'orang gaji' di rumah sendiri.
Tidak banyak yang isteri minta, cukuplah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawab dan selalu membahagiakan rumahtangganya. Sejuk hati isteri jika suami bersama-sama menggalas tanggungjawab di rumah dan menjaga atau mendidik anak-anak. Semoga confession dari wanita ini memberi manfaat kepada semua.
SALAM admin, muka saya lagi. Maaf ye, saja kongsi cerita.
Suami saya kerja syif. Bangun jam 4 pagi dan masuk office jam 5 pagi. Habis kerja jam 3 petang, redah jem tol singgih kedai dalam, dalam jam empat petang dah sampai rumah. Dah sampai rumah, tolong jaga anak-anak.
Kami ada anak kembar. Sekarang ini mereka dalam fasa asyik bergaduh, berebut, bercakaran, panjat memanjat, gigit menggigit, merajuk dan mengamuk bagai. Walaupun semua mainan disediakan dalam dua kali ganda, tetap bergaduh. Koyak mental kalau hadap semua ini setiap hari seorang diri. Oh ya, saya suri rumah sepenuh masa.
Bila suami balik, dia akan tanya dulu hari ini saya dengan anak-anak macam mana, dah makan? Memang berdas-das saya mengadu tentang anak-anak punya ragam. Selepas mengadu, dia akan take over jaga anak, saya pula akan pergi ke dapur untuk memasak dna buat apa yang patut. Selepas itu sampai ke malam dia tak tidur, sama-sama menolong saya menjaga anak, susukan anak, bagi makan anak, uruskan anak mandi kencing berak. Dengan dua-dua ini asyik mengamuk bila disarungkan pampers dengan baju tidur.
Selesai rutin kami lebih kurang tengah malam. Masa itu barulah dia dapat tidur. Beginilah rutin setiap hari, tak banyak bezanya. Weekend lagilah, banyak urusan anak ditolak kepadannya.
Gaji dia dalam 20 haribulan. Gaji dia untuk orang bujang mungkin nampak besar. Tetapi dalam keadaan ekonomi sekarang, tanggungan empat beranak dan komitmen lain, jadinya tak besar mana pun. Setiap inci yang ada dalam rumah, setiap apa yang kami pakai, makan dan sarung ke badan, kereta lagi, insurans lagi, semua itu duit dia dan dia ada komitmen auto payment untuk UNICEF for worldwide underpriviledge children's education program and food supply. Tak banyak mana pun, tapi inshaAllah itu sedekah kami.
Nafkah saya kadang-kadang ada dan tak ada sebab dia adakalanya terlupa atau disebabkan ada hal-hal yang terdesak. Jadi setiap kali dia terlupa nak bagi, saya ambil seringgit dari dompet dia dan niat dalam hati,
"Ya Allah, aku ikhlaskan hati duit nafkah aku bulan ini seringgit je," doa mohon Allah catat pahala buat suami.
Semalam keluar ipar dan mertua ramai-ramai ajak keluar. Sebelum keluar, suami singgah di stesen minyak, nak keluarkan cash siap-siap. Dia masuk kereta dan saya tanya, berapa baki duit dalam akaun bank. Katanya tinggal RM50 saja.
"Serius?!"
"Ha'ah, serius. Tapi tak apalah. Esok (hari ini) rasanya gaji kot"
Saya gelak saja, siap cakap kalau takut tak cukup duit minyak dan tol nak ke office, esok bawa siap-siap tabung syiling anak. Hahaha! Dalam hati saya berdoa semgoa ada rezeki terselit untuk kami anak beranak supaya RM50 ini bertahan sampai ke hari gaji suami.
Allah Maha Mengasihi. Semalam semasa makan dengan keluar semua, tuan kedai belanja makan sebab kenalan biras saya. Tak keluar satu sen pun, siap bagi manisan bubur dan kuih berbekas-bekas untuk kami bawa pulang. Semoga murah rezeki tuan punya kedai.
Dah keluar itu, ramai-ramai berbincang di parking lot, nak pergi jalan mana. Saya doa dalam hati minta-minta mereka tak jalan ke shopping mall. RM50 di mall seperti air paip saja sekarang. Allah tolong, tolong. Akhirnya semua bersetuju jalan ke taman awam, masuk free. Jimat lagi duit.
Sampai taman awam dah waktu petang, tak terik sangat. Bawa manisan yang tuan kedai sedekahkan tadi, buat makan petang. Ya Allah, sedap sangat, free pula. Makan beramai-ramai dengan ipar, biras, mertua dan anak-anak buah. Nikmatnya subahanallah.
Nak dekat maghrib, balik ke rumah ipar sebab mertua nak bertolak balik ke kampung tengah malam. Mak mertua masak. Jadi makan dinner free lagi. Alhamdulillah. Dekat jam 10 malam, suami esok kerja jam 4 pagi dan kami minta diri nak balik. Sambil salam-salam itu, mak mertua selit duit RM50. Saja katanya. Segannya Ya Allah. Tapi dia paksa ambil, jadi ambil sajalah. Hahaha!
Alhamdulillah, dalam kereta senang hati sebab esok suami pergi kerja ada RM50 untuk minyak tol, parking dan duit makan. Dan ada duit RM50 tambahan itu untuk kecemasan sementara menunggu gaji. Masa in iteringat doa siang tadi, saya redha saja apa yang berlaku bila keluar beramai-ramai dengan keluarga dengan duit RM50 di tengah-tengah Kuala Lumpur. Sambil itu berdoa banyak-banyak minta tuhan permudahkan semua.
Saya sujud syukur berkali-kali sebab semalam murah sangat rezeki kami. Saya fikir, mungkin balasan Allah sebab suami pikul tanggungjawab sebagai anak, sebagai suami dan bapa dengan amanah dan jujur. Sampai ke hari ini walaupun hujung bulan duit hampir habis, tapi tak pernah lagi kami dan anak-anak putus makan.
Betullah apa yang saya selalu dengar. Kalau suami bahagiakan isteri dan anak-anak, melimpah ruah rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Kalau suami abaikan anak isteri, Allah sekat rezeki si suami dalam pelbagai cara.
Kami baru berkahwin dua tahun lebih. Selama berkahwin, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dan nafkah. Duit untuk ibu bapa dia saya tak masuk campur. Nak bagi berapa banyak ke, sikit ke, ikut dia sebab duit belanja untuk kami sentiasa cukup. Kasih sayang dia pada saya dan anak-anak cukup sempurna. Tak pernah mengelat hal mengasuh anak dan buat kerja-kerja rumah. Semua bahagi sama rata dengan saya.
Kami dikurniakan anak kembar tak sampai sembilan bulan berkahwin sebab bunting pelamin dan bayi lahir pramatang. Dari anak lahir sampai sekarang, dia cepat adapt sebagai new parent. Kalau bergaduh itu biasalah. Setakat ini tiada badai besar yang datang. Harap-harap tak akan adalahlah sampai bila-bila.
Doakan kami umur panjang dan bahagia hingga ke akhir hayat ye. Terima kasih suami kerana menghargai isteri. Saya harap ramai lagi yang berazam menjadi suami penyayang dan bertanggungjawab. Semoga semua murah rezeki, aminn.
Sumber: Kisah Rumah Tangga
Post a Comment