'Kalau marhaen kau suruh restart modem, kalau YB siap offer hantar technician'


"Beza pangkat dan darjat", demikian tweet netizen yang kesal dengan perbezaan layanan yang diberikan oleh sebuah syarikat swasta, yang viral di media sosial sejak semalam. 

Tweet yang dimuat naik oleh individu bernama Amy Medusa itu kini telah dikicau semula lebih 14,000 kali mengundang pelbagai reaksi netizen.

Berdasarkan dua gambar yang dimuat naik, gambar pertama menunjukkan Amy menghubungi pihak TM Connects yang bertanya mengapa perkhidmatan internet di rumahnya perlahan dari sepatutnya. 


Pihak TM Connects kemudian membalas tweet itu, "Hi. You dah cuba restart modem/router?" 

Pada gambar kedua pula menunjukkan seorang Ahli Parlimen, Rafizi Ramli juga bertanyakan soalan yang hampir sama dan tweetnya dibalas oleh TM Connects:

"Selamat tengahari YB. Boleh kami dapatkan waktu yang sesuai untuk juruteknik kami datang di premis YB semasa weekdays bagi menjalankan siasatan lanjut?" 

Tweet balas TM Connects itu amat mengejutkan netizen terutamanya pengguna perkhidmatan syarikat itu di mana pihak berkenaan 'direct offer technician' kepada Ahli Parlimen berkenaan, berbanding pengguna lain yang selama ini ditanya, "Sila DM kami" atau "Hi, You dah cuba restart modem/router".

"Wow! Tak pernah lagi nampak @TMConnects offer hantar technician kepada pengguna lain," kata @Ibrahim_aFuad yang kesal layanan yang diberikan itu bersifat 'double standard'. 

"Kalau YB yang request, teruih hantar technician. Duit bayaq bill kami rakyat biasa nih tak sama ker macam duit YB?" soal Muhammad. 

"Kena jadi YB la gini kalau nak UNIFI hantar technician terus. Kalau kau rakyat biasa, tunggu sajalah ayat "Isu ini masih dalam tindakan kami"," kata Muhammad Izzwan. 




Ekoran itu, netizen menuntut penjelasan dari pihak TM dan ingin mengetahui SOP pihak berkenaan dalam menguruskan aduan penggunanya. 

Semoga pihak TM dapat memberikan penjelasan secepat mungkin kerana apa yang berlaku, jelas sekali tidak sepatutnya berlaku. 

No comments