Ex Employer Kaki Belit
Assalamualaikum.
Terima kasih admin kerana sudi siarkan confession aku ni. Aku tau confession takde nama ni adalah confession pengecut tapi aku memang tak tahan sangat-sangat. Aku perlu juga luahkan kat orang ramai baru hati aku sedikit lega.
Dulu aku bekerja di sebuah syarikat swasta milik bumiputera. Syarikat tu bukan la jenis syarikat besar-besar tapi aku gembira bila dapat bekerja di situ sebab aku rasakan aku dapat apa yang aku impikan. Aku dapat berkhidmat di kampung aku sendiri di utara dan aku bekerja dengan orang yang aku sanjungi. Untuk pengetahuan semua, ex-bos aku ni antara orang yang berpengaruh jugak la dan antara pioneer bidang aku di Malaysia. Pada permulaan kerja, aku tak de masalah dengan dia. Semua indah-indah belaka dan tiada isu antara aku dan ex-bos. Mungkin kerana aku jauh diutara (branch) dan ex-bos aku ni di KL (HQ).
Satu hari aku mengambil cuti untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan ku di pantai timur. Alang-alang aku kesana dan berdekatan dengan tempat aku belajar, aku pon melawat la lecturer-lecturer aku disitu. Kat situ mula la diorang tanya okay tak aku kerja dengan dia. Maka terkeluar lah cerita-cerita kurang elok berkenaan ex-bos aku ni. Rupanya diorang memang tak suka dengan Ex-bos aku ni. Aku pon dengar je lah tapi nak percaya tu xde la sangat sebab selagi tak kena dekat aku, aku malas nak percaya cerita-cerita buruk orang.
Hampir setahun berlalu dan aku perlu memperbaharui kontrak kerja aku. Oh ye, aku bekerja tak guna sistem pekerja tetap ye. Bila dah hujung tahun tu, ex-bos aku datang untuk aku sign kontrak baru la. Aku agak terkejut bila gaji aku diturunkan daripada RM3000 kepada RM 2400. Bukan turun RM60 okay. Turun RM600. Alasannya sebab dia da buat sistem komisyen. Dia kata kalau aku dapat capai target pertama RM30K, aku akan dapat komisyen RM800 dan kalau capai target kedua rm40K, aku akan dapat 6% daripada jumlah sales. Dia siap kata lagi kalau capai target memang aku tak rugi apa-apalah. Dalam hati aku sebenarnya agak risau sebab nak capai target pertama pon aku rasa susah sebab selama aku kerja ni bape kali je sales lebih daripada yang target pertama tu. Tapi aku redha je dan tawakal. Rezeki aku Allah yang pegang. Kalau Allah kata, tu rezeki aku, pasti akan ada rezeki aku. Kalau Allah kata bukan, maka aku hanya dapat la RM2400 tu je. Komisyen tu pula akan dimasukkan bersama gaji bulan berikutnya. Contohnya, komisyen bulan januari akan dapat pada bulan februari dan seterusnya.
Turun gaji satu hal, lagi satu hal dia cuba belit aku tentang KWSP. Aku tanya KWSP macam mana sebab aku memang tekankan simpanan di KWSP. Dia kata tak tahulah KWSP aku boleh carun ke tak bila gaji dah RM2400 tu. Dalam hati aku, ‘What???? Weh, dulu lepas SPM aku kerja kerani biasa gaji RM1000 pon boleh carum. Kenapa gaji RM2400 ni tak boleh carum plak?’. Aku pon cakap “Okay. Tapi incase tak boleh carum, saya nak carum sendiri boleh?”. Dia pon cakap nanti dia nak confirmkan dengan KWSP.
Sebulan telah berlalu daripada sign contract tu. Alhamdulillah aku capai target kedua pada bulan tu sebab sales aku RM45K. Maknanya aku berhak dapat 6% daripada total sales. Rezeki Allah nak bagi kan. Bila masuk je gaji bulan ke 2, aku cek komisyen aku sikit, tak seperti yang aku kira. Aku pon bertanya la kat bos aku kenapa komisyen aku banyak tu je. Dia cakap aku tak paham. Aku akan dapat RM800 sebab capai RM30K. Then dia kira 6% tu daripada RM45K – RM40K. Aku fight la. Tulis dalam contract 6% daripada TOTAL SALES bukan daripada yang tolak-tolak tu. Ex-bos yang siap mention masa sign contract tu berapa aku akan dapat kalau dapat 6%. Tak mungkin aku salah sebab bila berkaitan matematik dan duit, tolong jangan tipu aku. Dia pon kata dia akan bincang dengan management. Lepas 10minit dia telepon balik kata diorang akan bayar ikut apa yang aku paham. Tapi bukan sekarang. Dia akan masukkan 15hb bulan depan dengan alasan da terlepas tempoh pembayaran duit pekerja. Aku pon okay je la sebab tak urgent pon nak guna duit tu. Janji kau bayar sebab kalau tak memang aku nak jumpa pegawai tenaga kerja untuk buat laporan. 14hb dia ada datang ke pejabat aku dan dia kata dia minta maaf sebab terlepas pandang contract aku tu padahal masa dekat HQ, kawan-kawan aku cakap dia marah-marah kata aku ni BODOH ke apa tak paham contract. Tapi aku malas nak panaskan keadaan. Aku senyap je la padahal tau apa dia buat belakang aku. Dia pon tanya aku nak pakai duit tu ke sebab dia kata kalau tak, dia nak masukkan dalam gaji hujung bulan. Aku sabar je la dan cakap aku tak kesah. Kebetulan hujung bulan tu aku tak de komisyen sebab bulan kedua tak capai target. atleast takde la sikit gaji aku bulan tu kan. Setel.
Lepas tu aku dapat tawaran kerja yang lebih baik. Memang aku terus sapu lah sebab rasa tak tahan dan nak keluar daripada syarikat tu. Aku kena bagi notis 2 bulan. Syarikat baru pula minta aku masuk sekian-sekian tarikh. Kalau ikutkan, notis aku tak cukup 4 hari untuk 2 bulan notis tapi aku cuba nasib la. Mana tau kalau ex-bos aku ni memang baik hati, setakat 4 hari tu apa lah salahnya kan. Dari hari ke hari aku tunggu balasan emel ex-bos aku tu. Surat pon aku da hantar melalui pos. Seminggu berlalu tapi ex-bos tak bagitau apa-apa. Kebetulan masa aku nak update dengan ex-bos, dia pon naik ke utara ni. So dia tanya sama ada aku dah finalise nak berhenti kerja ke? Aku pon kata da muktamad da. Dia pon kata okey la. So aku ingat setel la sampai situ dan aku pon menghabiskan sisa-sisa hari kerja aku seperti biasa. Aku tinggalkan syarikat elok dan tersusun je. Kerja-kerja aku semua aku da siapkan . Hari terakhir dia datang untuk ambil alih kerja-kerja aku semua. Siap buat farewell party skali (belanja makan je). Sepatutnya dia kena bayar 9 hari gaji sebab aku tamat 9hb bulan ni pada hari terakhir aku kerja. Tapi dia kata disebabkan aku ada komisyen bulan lepas, dia akan bayar hujung bulan. Aku pon okay je la. Setelah tiga minggu berlalu, tetiba dia telefon aku (pada tarikh dia sepatutnya bayar gaji). Nak tahu dia kata apa? Dia kata aku hantar notis tak cukup 2 bulan. Sepatutnya aku kena bayar 2 bulan gaji. Dia da pegi pejabat buruh dan pegawai buruh tu pon kata aku kene bayar 2 bulan gaji. Ex-bos kata sebab dia malas nak bawa benda ni ke mahkamah, dia nak settle secara senyap je. Disebabkan ex-bos ada hutang komisyen dan gaji aku RM3K plus, dia tawarkan pada aku, kita contra je. Aku tak payah bayar 2 bulan gaji tu, dia xpayah bayar komisyen dan gaji aku tu. Aku punya terkejut gila sebab aku ingat tak cukup 4 hari tu dia okay je. Aku memang geram masa tu. Kenapa dia tak cakap awal-awal yang dia tak luluskan aku notis tak sampai 2 bulan? Kalau aku tahu dia tak okay, aku boleh la kawtim dengan syarikat baru agak postpone tarikh report duty tu. Kenapa da tiga minggu aku keluar daripada syarikat dia baru dia nak ungkit? Malam tu aku ceritakan masalah aku dan minta nasihat daripada ramai kawan-kawan terapat. Diorang semua kata ex-bos aku tak boleh buat macam tu. Aku kene pergi pejabat buruh untuk tanya pasal ni.
Esoknya aku ke pejabat tenaga kerja. Aku minta nasihat daripada pegawai tu tentang contract kerja aku. Pegawai tu banyak kali kata memang salah aku sebab tak cukup 2 bulan notis tapi aku kene ganti rugi berapa hari tak cukup je. Selebihnya, ex-bos kene bayar kalau tak aku boleh buat tuntutan. Aku pon lega lah dan kemudian telefon ex-bos aku tu. Dia insist kata aku kene bayar 2 bulan gaji, dia da pegi pejabat buruh dan dah minta pegawai baca contract aku sekali. Dia kata lagi sekali dia malas nak bawak ke mahkamah maka dia nak settle secara senyap. Aku pon bagitahu la saya tak nak settle dengan contra kot. Dia tanya balik ‘dah tu awak nak settle macam mana?’. Aku pon kata aku nak settle kat mahkamah. Dia pon kata ‘awak nak bayar ke RM4K plus tu?’. Aku kata memang aku sanggup nak bayar *kalau kalah la kan*. Dia kata okay. Pastu aku tanya balik ‘So saya boleh teruskan dengan buat tuntutan di pejabat tenaga kerja sini la kan?’. Dia terus tutup telefon dia. Geram la tu sebab aku melawan dia. Baru tau dia da jumpa buku bertemu ruas dia tu.
Jadi sekarang ni aku tunggu je dia masukkan duit dalam seminggu ni. Kalau dia tak masukkan jugak memang aku buat tuntutan lah. Tolong doakan aku menang weh. Aku tak kira, kalau aku kalah sekalipon, kalau aku kene bayar dia sekalipon, hati aku puas sebab aku mencuba. Dan hati aku puas sebab dah mencalarkan reputasi dia. Setakat 4 hari tak cukup dia nak sub aku bayar 2 bulan gaji. Kalau aku tahu kene bayar 2 bulan gaji, aku cabut terus 24 jam xpayah tunggu 2 bulan. Biar terkontang kanting kerja aku tinggalkan. Tapi aku bukan jahat macam tu nak tinggalkan kerja terbengkalai.
Dan barulah aku tau ramai sebenarnya tak suka bekerja dengan dia. Siapa yang tahu kes dia semua xnak minta kerja kat syarikat dia. Tinggal la adik-adik junior yang tak tahu apa terjebak jadi mangsa dia yang seterusnya.
Doakan aku berjaya wahai Rakyat Malaysia!
– Nina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Post a Comment