Cubaan samun gagal, penyamun tetak anjing


TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR - Cubaan sekumpulan lelaki bermotosikal menyamun sebuah rumah gagal apabila mereka dihalang seekor anjing yang pemilik rumah berkenaan. 

Dalam kejadian 25 Mei lalu, seramai enam suspek bermotosikal dilaporkan cuba menyamun sebuah rumah penduduk di Taman Perwira. 

Bagaimanapun cubaan menyamun itu gagal kerana takut dengan anjing yang ditambat di depan pintu pagar. Berang dengan keadaan itu, salah seorang suspek telah menetak belakang tengkung anjing terbabit sebelum melarikan diri. 

Menurut laman Facebook My Kuala Langat, kumpulan terbabit melarikan diri melalui Taman Sijangkang Jaya dan sanggup mengadai nyawa sendiri dengan menunggang motosikal melawan arus di jalan utama ke Klang. 

Difahamkan, kumpulan terbabit kemudian meneruskan kegiatan jenayah mereka di Shah Alam. 




Sementara itu di ruangan komen, netizen mengesyaki kumpulan yang sama telah melakukan jenayah yang sama di Taman Keramat, Saujana Sg Buloh, Paras Jaya sehingga ke Kepong. 

"Perempuan kena samun semasa keluar dari rumah menuju ke keretanya dalam kejadian jam 11.45 malam, 25 Mei. Beg tangan, handphone, laptop, barang kemas, duit semua disamun," kata Ayiee Azzree. - The Reporter

No comments