[VIDEO] Seorang Penunggang Motorsikal Terjumpa Objek Hitam Menghalang Jalan. Tindakan Lelaki Ini Adalah Sangat MULIA & MENGAGUMKAN !!!

[VIDEO] Seorang Penunggang Motorsikal Terjumpa Objek Hitam Menghalang Jalan. Tindakan Lelaki Ini Adalah Sangat MULIA & MENGAGUMKAN !!!| Sebuah video yang viral dilaman sosial mendapat 1.8 juta tontonan berkisarkan rakaman amatur dari kamera yang dipasang di topi keledar seorang penunggang motorsikal. Rakaman ini dibuat kebiasaannya menjadi bukti jika berlaku kemalangan.

Namun kali ini kamera ini telah merakam satu perbuatan mulia oleh tuannya. Semase sedang menunggang motorsikal kuasa besarnya di sebuah jalan raya, lelaki ni telah terjumpa dengan satu ‘objek’ hitam yang berada di tengah-tengah jalan. Kedudukan objek itu yang berada di tengah-tengah jalan menyebabkan kenderaan di kedua-dua belah arah menjadi tersekat beratur jem panjang.

Akhirnya lelaki itu telah berhenti dan pergi memeriksa apakah sebenarnya objek hitam tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati objek tersebut adalah seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan mengikat lehernya & terduduk menunduk ditengah jalan raya agar ada kereta akan datang melanggarnya. Lelaki itu bersama-sama beberapa orang awam lain dengan pantas membuka ikatan di leher wanita itu & mendapatinya masih bernafas.

Biker approaches suicidal woman and saves her life! Credit: Rumble

Posted by NTD News on Tuesday, April 18, 2017

Wanita itu kemudiannya di letakkan pada kedudukan ‘recovery’ untuk kembali sedar sepenuhnya. Sebab wanita ini menjadi begini masih belum dikenalpasti. Namun rata-rata netizen memuji tindakan mulia lelaki & orang2 lain yang turut membantu ini sebagai pencetus untuk memberi pertolongan kepada wanita malang ini. Semoga nilai-nilai kemanusiaan yang baik ini terus menjadi contoh & inspirasi kepada kita semua untuk terus melakukan kebaikan.

Sumber: NTD News

The post [VIDEO] Seorang Penunggang Motorsikal Terjumpa Objek Hitam Menghalang Jalan. Tindakan Lelaki Ini Adalah Sangat MULIA & MENGAGUMKAN !!! appeared first on SIAKAP KELL.

No comments