[VIDEO] Seorang Lelaki 24Thn Sanggup Mencekik Warga Emas Utk Menyamun. Tindakan Pantas Orang Awam Buat Penyamun Dapat Balasan SETIMPAL !!!

[VIDEO] Seorang Lelaki 24Thn Sanggup Mencekik Warga Emas Utk Menyamun. Tindakan Pantas Orang Awam Buat Penyamun Dapat Balasan SETIMPAL !!!| TEMERLOH 23 Mei – Kejadian seorang lelaki dipukul orang ramai di Taman Seri Desa, Kuala Krau di sini yang mana rakaman videonya tular di laman sosial Facebook berpunca daripada tindakan lelaki berkenaan yang dipercayai cuba menyamun seorang warga emas.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, kejadian pada pukul 12 tengah hari, kelmarin itu berlaku selepas lelaki berusia 24 tahun berkenaan cuba menyamun seorang wanita berusia 64 tahun di sebuah kedai runcit.

“Lelaki tersebut yang menaiki sebuah kereta berpura-pura mahu membeli barang di kedai runcit tersebut tetapi tiba-tiba mencekik leher wanita warga emas itu.“Wanita tersebut bagaimanapun dapat melepaskan diri dan menjerit menyebabkan orang ramai yang berada berhampiran mengejar suspek,” katanya di sini hari ini.

Seorang penyamun kena tangkap oleh orang awam di Kuala Krau, Pahang semalam. Seorang lagi berjaya melepaskan diri. Dah kena hentak baru teringat kat mak ehh….

Posted by Ketua Kelas on Monday, May 22, 2017

Menurut Zundin, orang ramai berjaya menahan suspek tetapi dua lagi rakannya yang menunggu di dalam kereta melarikan diri. “Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah merusuh dan berkaitan dadah. “Suspek direman dan akan dituduh di mahkamah esok di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap warga emas,” ujarnya.

Sumber –UTUSAN ONLINE

The post [VIDEO] Seorang Lelaki 24Thn Sanggup Mencekik Warga Emas Utk Menyamun. Tindakan Pantas Orang Awam Buat Penyamun Dapat Balasan SETIMPAL !!! appeared first on SIAKAP KELL.

No comments