Tangisan bayi dalam tong sampah
TEMERLOH, PAHANG - Suara tangisan di awal pagi membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki di dalam tong sampah di hadapan rumah penduduk di Taman Temerloh Jaya, semalam.
Lapor Harian Metro, bayi lelaki itu ditemui seorang penduduk ketika pulang dari menunaikan solat Subuh dari masjid, jam 6.20 pagi Ahad.
Penduduk, Khairuddin Yaakob, 56, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu.
"Sebaik dimaklumkan, saya terkejut bayi yang dipercayai baru dilahirkan ada dalam tong sampah. Saya terus keluarkan dan bersihkannya," katanya.
Menurut Khairuddin, sekitar jam 11 malam, ada terdengar bunyi seakan-akan tangisan bayi dan memeriksa tong sampah itu, namun tidak menemui apa-apa, lalu menyangka terdengar bunyi anak kucing.
Bayi berkenaan mengalami luka di bahagian kanan kepalanya dipercayai terkena sisa sampah yang tajam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, bayi itu kini ditempatkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk menjalani pemeriksaan.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil memaklumkan kepada polis. - The Reporter
Post a Comment