80 Tahun Dulu VIRAL 1 Dunia Lelaki Ni TAK TABIK Hitler. Puncanya Amat MENGEJUTKAN !!!

80 Tahun Dulu VIRAL 1 Dunia Lelaki Ni TAK TABIK Hitler. Puncanya Amat MENGEJUTKAN !!! | Seperti dikongsikan oleh Ahmad Faezal dari The Patriots. Sudah menjadi satu kewajiban untuk rakyat Jerman melaungkan “Sieg Heil” (Daulat Kejayaan!) sewaktu pemerintahan Adolf Hitler. Bermula pada 1930-an, ia bertujuankan untuk menzahirkan rasa taat kepada idealisme iaitu Nazisme.

Jila dilihat dalam tulisan-tulisan serta dokumentari, jelas terpampang satu perkara bahawa Adolf Hitler disanjungi rakyat. Namun, satu gambar yang diambil pada 13 Jun 1936 semasa pelancaran sebuah kapal baru telah melahirkan satu tanda tanya akan perkara ini. Dalam gambar itu, seorang lelaki tidak mengangkat tangan ketika perhimpunan di sekelilingnya bertabik hormat kepada Fuhrer Adolf Hitler.

Nama beliau dipercayai August Landmesser. Perkara ini tidak dapat disahihkan atas kekurangan bukti kerana faktor zaman juga perang besar yang berlaku. Tetapi, jika benar dia adalah August Landmesser, maka gambar ini menceritakan satu kisah yang sangat besar maknanya.

Percaya atau tidak, beliau merupakan ahli Nazi yang sangat taat. Beliau menyertai Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Nazi) pada 1931 dengan harapan untuk mendapat kerja. Tetapi empat tahun kemudiannya, beliau dipecat kerana bertunang dengan wanita berbangsa Yahudi, bernama Irma Eckler.

Susulan enakmen Undang-Undang Nuremberg, mereka dihalang hak berkahwin, dan pada 29 Oktober 1935, anak pertama mereka dilahirkan dan diberikan nama Ingrid.

Maka 16 bulan selepas inilah berlakunya peristiwa nostalgia, setelah mengharungi pengalaman yang menafikan cinta beliau demi rasisme tepu.

Pada tahun 1937, August dan Irma, serta Ingrid, cuba melarikan diri ke Denmark tetapi ditahan di sempadan. Irma sekali lagi hamil, dan August kemudiannya berdepan dengan tuduhan Rassenchande atau Blutschande, iaitu dari segi istilah bermaksud telah mengotorkan darah Jerman dengan hubungan bersama masyarakat bukan Aryan. August didapati bersalah pada Julai 1937.

Dalam masa setahun, beliau bertekad dengan hujah mustahil untuk mengetahui bahawa Irma benar-benar Yahudi. Atas kekurangan bukti, August dibebaskan pada 27 Mei 1938 dengan amaran keras bahawa pengulangan jenayah ini akan membawa kepada hukuman penjara.

Dibuktikan lagi bahawa undang-undang tidak berperikemanusiaan tidak menghalang cinta mereka. Seperti yang dijanjikan, beliau ditahan pada 15 Julai 1938 dan dipenjarakan selama 2-1/2 tahun dalam kem buruh, Borgermoor. Inilah kali terakhir August akan bertemu kekasihnya, kerana Irma pula ditahan polis Geheime Staatspolizei (Gestapo) dan dipenjarakan di Fuhlsbuttel. Disinilah Irene dilahirkan – di dalam penjara kerana darahnya Yahudi.

Beberapa pucuk surat datang daripada Irma, sehinggalah Januari 1942. Sebulan kemudian, Irma dipercayai telah dibawa ke Pusat Euthanasia Oranienburg, dimana dia adalah salah satu daripada 14,000 orang yang dibunuh.

August dibebaskan pada 19 Januari 1941. Dia dimasukkan dalam angkatan ketenteraan tiga tahun seterusnya, dan akhirnya meninggalkan Ingrid dan Irene sebagai anak-anak yatim piatu selepas terkorban di Croatia pada 17 Oktober 1944.

Anak-anak mereka asalnya ditempatkan dalam rumah anak yatim, kemudian dipisahkan selepas Ingrid dibenarkan untuk tinggal bersama ibu Irma, sementara Irene dibawa ke rumah keluarga angkat pada 1941. Ingrid pun dibawa ke keluarga angkat pada 1953 selepas neneknya meninggal dunia.

Sumber: Ahmad Faezal dari The Patriots

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post 80 Tahun Dulu VIRAL 1 Dunia Lelaki Ni TAK TABIK Hitler. Puncanya Amat MENGEJUTKAN !!! appeared first on JOM MELANCONG.

No comments