Gangguan Hantu Kubur

Assalamualaikum dan hai semua . Ni aku nak share cerita seram yang pernah aku lalui kepada pembaca setia Fiksyen Shasha . Nama aku Ina . Aku nak cerita pasal kejadian seram dekat rumah aku . Meh aku explain sikit pasal rumah aku . Rumah aku berdekatan dengan kubur , hutan depan kiri kanan and belakang rumah pokok buluh . Kalau nak keluar pergi kedai , ke masjid memang kena lalu depan kubur dulu . Anyway aku nak cerita empat kisah kat sini . Sory kalau panjang .

Ok kisah pertama macam ni , masa tu aku umur 10 tahun dan abang aku umur 12 tahun , masa tu dalam pukul 9 malam , ubat nyamuk takde so kena beli la sebab rumah aku dikelilingi hutan , banyaklah nyamuk . Aku dengan abang aku pun pergi dengan basikal , and kena lah lalu depan kubur , masa aku lalu dengan abang aku , tiba-tiba aku dengar suara perempuan menangis dekat kubur , aku pun tengok lah dekat kubur tu , takde sesiapa pun , bunyi tangisan tuh sebanyak 3 kali , yang peliknya hanya aku jer yang dengar , sebab abang aku kata dia tak dengar . Balik rumah malam tuh jugak aku demam . Okey tak seram kan ? Meh aku cita kisah kedua pulak .

Kejadian ni baru je terjadi beberapa minggu yang lepas . Masa tu baru pukul sepuluh dan aku ni jenis yang tidur awal . Sebelum aku tidur , aku akan baca kisah seram fiksyen shasha , tapi malam tu entah kenapa aku rasa tak sedap hati , rasa takut , cemas , jadi aku pun off data , aku pun baca al fatihah , mengucap dalam hati sebab rasa lain macam sangat . Aku pun tidur and aku bermimpi memang mimpi yang mengarut gila . Ada ke patut aku mimpi mat saleh lelaki perempuan tengah berparti dalam rumah aku dengan pakaian entah apa-apa . Okey aku tidur dekat ruang tamu masa tu sebab dalam bilik panas . Masa aku mimpi mat saleh tengah berparti tu aku tengah tidur , lepas tu datang mamat ni , badan dia hitam legam , datang tindih aku sampai aku tak boleh bernafas , aku lawan tapi tak berdaya sebab tubuh dia berat sangat , dia tindih aku sampaikan sakit pinggang aku sebab aku tidur mengiring ke kiri , aku lawan akhirnya terlepas dan masa tuh jugak aku tersedar dari tidur , tercungap cungap aku , aku tengok jam dah pukul 12.40 pagi and adik aku ada kat tepi aku cuma dia tidur jauh sikit . Beberapa minit lepas tuh bunyi muto abang aku , maknanya dia dah balik , bila abang aku dah balik , dia akan tutup lampu sebab dia pun tidur kat ruang tamu sebab bilik tak cukup , bila dah tutup semua lampu , tinggal aku sorang yang tak boleh tidur . mata aku pulak rajin nak meliar liar tengok kiri kanan and masa aku tengok ke arah abang aku tido , aku nampak kain putih tengah terbang , bila aku tengok kain putih tuh , kain putih tuh pun pergi slow2 sampai hilang disebalik dinding . masa tuh memang aku tak tahan sangat , memang takut gila , aku pun tidur sebelah adik aku sampai berhimpit , esokan dia marah kat aku sebab tidur rapat sangat . Aku pun terfikir lah hantu tu datang dari mana , yang asli kat rumah aku ke ataupun yang abang aku bawak balik .

Ok kisah ketiga pulak tapi ni kisah mak aku , masa tu mak aku baru jer kahwin . Kampung abah aku ni kalau setiap hari rabu akan ada pasar malam . Mak aku di ibaratkan kambing terlepas dari kandang la sebab teruja sangat pasar malam tuh pelbagai pakaian dijual . Ok bukan aku nak kata mak aku ni kambing tapi hanya ibarat sahaja . Tengah mak aku duk belek belek baju tak sedar dah pukul 9 malam . Terpaksa la balik sebab pasar malam pun nak tutup dah . Mak aku pun balik la lalu dekat kubur . Masa lalu dekat kubur tuh takde la gangguan misteri tapi bila sampai di lorong yang perlu direntasi untuk sampai kerumah yang dipenuhi kiri kanan hutan tebal . Masa mak aku jalan nak balik tu tiba tiba suara orang lelaki yang kasar dan garau kedengaran dalam hutan sebelah kiri , bunyi suara lelaki yang mengembek macam kambing ” bek bekk” mulanya perlahan jer tapi bila mak aku dah bukak langkah unutk berlari , suara tuh semakin kuat mengembek ” bekkk bekkk bekkk ” bila dah sampai depan umah tuh baru suara tu hilang . Secara lojiknya masa tuh rumah abah aku takde jiran lagi apatah lagi orang yang bela kambing . Lepastu kalau betul lah kambing takkan lah suara kambing tuh macam suara lelaki . Dan kalau orang , apa ke bodoh duduk dalam hutan tebal dengan nyamuknya lagi .

Ok last story . Kisah mak aku jugak . Masa tuh dalam pukul 9 malam . Ubat nyamuk takde . Jadi nenek bising lah sebab banyak nyamuk jadi nenek pun suruh anak anaknya yang lelaki pergi beli tapi semuanya malas . Apa punya lelaki laa . Jadi mak aku , adik ipar mak aku Cik dengan Sue offer diri nak pergi beli jalan kaki . Masa nak turun rumah tuh , mak aku ajaklah nenek sekali tapi nenek kata dia malas sebab sakit kaki . So pergilah tiga gadis berjalan kaki untuk beli ubat nyamuk . Di pertengahan jalan atau lebih tepat depan kubur , duit 50sen jatuh , harga ubat nyamuk RM1.50 dan bawak duit cukup2 RM1.50 terpaksa lah Cik dengan Sue cari , mak aku tukang pandang sekeliling perhatikan kut2 orang lalu lalang . Masa mak aku pandang selekoh lorong nak ke rumah , mak aku nampak nenek berjalan menuju kearah mak aku , Cik dan Sue , masa tu nenek pakai baju t-shirt dengan kain sarong , mak aku pun cakap ” eh tu nenek datang , kata malas nak ikut sebab kaki sakit ” tapi hanya sekelip mata mak aku je nenek dah bertukar dari pakai t-shirt dan kain sarong dah pakai kain sembahyang , muka nenek bercahaya dengan lajunya menghala kearah mak aku , Cik dan Sue , semakin dekat nenek pun ghaib hilang entah kemana . Cik pun sempat nampal tapi hanya sepintas lalu hanya Sue je yang tak nampak . Cari punya cari akhirnya jumpa duit 50sen tuh . Masa nak balik mak aku cakap ” jangan lari tau , kita jalan sama sama ” tapi bila sampai ditempat kejadian mak aku yang first lari dan mak aku yang last sampai . Esoknya mak aku dan Cik demam , Sue tak demam sebab dia tak nampak .

Ok tu jer yang aku nak kongsikan , sebenarnya banyak lagi tapi takut korang bosan pulak baca panjang2 . Ok la bye Assalamualaikum..

Jalan Cerita
Penulisan
Tahap Keseraman
Keseluruhan

The post Gangguan Hantu Kubur appeared first on Fiksyen Shasha.

No comments