'Dia terlalu gelap untuk saya' - Pengantin perempuan batalkan majlis perkahwinan, calon suami terlalu gelap
Seorang pengantin perempuan mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinannya kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa warna kulit pasangannya terlalu gelap.
Lapor India Times, Neeta Yadav, sepatutnya berkahwin dengan Ravi Yadav dalam majlis yang dilangsungkan di Bharthana, Etawah, Uttar Pradesh.
Bagaimanapun, Neeta secara tiba-tiba tidak mahu meneruskan majlis perkahwinan itu pada saat akhir. Dia menyatakan hasrat membatalkan pernikahannya ketika upacara 'pheras' kedua dan tidak melengkapkan tujuh tawaf mengelilingi api suci.
Menurut Neeta, pengantin lelaki yang diperkenalkan kepadanya sebelum ini, bukanlah lelaki yang dinikahinya pada hari hati. Malah, dia tidak menyukai warna kulit pasangannya yang terlalu gelap.
Ahli keluarga cuba memujuk dan merayu pada Neeta selama enam jam agar meneruskan saja upacara itu, tetapi Neeta sudah tekad dan meninggalkan majlis tersebut.
Berang dengan tindakan Neeta, bapa pengantin lelaki membuat laporan polis dan mendakwa Neeta tidak memulangkan barang kemas yang diberikan kepadanya bernilai ribuan rupee. Pengantin lelaki juga mendakwa, Neeta telah mencalarkan maruahnya di khalayak ramai.
Sumber: India Times
Post a Comment