'Buang masa buat kajian kerja 4 hari seminggu untuk penjawat awam' - Cuepacs bidas JPA
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu memaklumkan akan mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari dalam seminggu susulan terdapat tuntutan daripada beberapa pihak yang mahu kerajaan melihat perkara berkenaan dengan lebih terperinci.
Bagaimanapun, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan kajian yang dilakukan oleh JPA itu hanya membuang masa kerana perkara-perkara yang membabitkan kebajikan penjawat awam belum lagi diberi perhatian oleh JPA.
Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, kerajaan sepatutnya mengutamakan perkara yang memanfaatkan pekerja, khasnya kebajikan penjawat awam, berbandingg mengkaji perkara yang belum tiba masanya untuk dilaksanakan.
"Kajian ini tidak relevan dan buang masa, sedangkan sistem penyampaian yang ada sekarang belum boleh bagi perkhidmatan sepenuhnya.
"Lebih baik beri fokus pada kebajikan penjawat awam seperti keperitan hidup dengan harga barang semakin meningkat dan kelulusan oleh kerajaan seperti gantian cuti rehat (GCR) boleh ditebus 80 hari, yang sehingga kini belum dilaksanakan, sekadar isi borang, namun tidak ada bayaran dibuat.
Adnan juga berharap, penjawat awam tidak teruja dengan kajian itu dan kembali fokus pada tanggungjawab masing-masing untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Sumber: Free Malaysia Today
Post a Comment