(Video) 'Macam dia tetapi....' - Lelaki dipercayai mirip ADUN, memapah wanita masuk ke bilik hotel
"Seperti pernah ku lihat... Macam dia tapi... (video kabur). Barangkali inilah dugaan di bulan Ramadan. Kesian 'anak-anak' penat sangat balik beli-belah baju raya barangkali," demikian kapsyen individu yang memuat naik video seorang lelaki yang dipercayai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Berdasarkan klip video tersebut, lelaki itu dilihat sedang memapah seorang wanita yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol di sebuah hotel, sambil diikuti dua wanita dan seorang lelaki di belakangnya.
Menurut laporan Malaysia Gazette, video itu dirakam pada Mei 2020 dan baru saja dimuat naik ke media sosial.
Sementara itu laporan Kosmo mengatakan, ADUN terbabit pernah dibuang dari parti politik pembangkang dan kini mengisytiharkan sokongannya kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Di media sosial, netizen bagaikan sudah dapat meneka siapa individu yang dimaksudkan itu dan enggan terlalu mengendahkan video viral tersebut kerana sudah tahu apa kesudahannya yang boleh dijangkakan.
Post a Comment