Padah cuba rogol anak saudara, alat sulit lelaki ini dipotong & dicampak kepada babi untuk dimakan
Tindakan seorang lelaki di Brazil yang cuba merogol anak saudaranya sendiri mengundang padah apabila dia dibelasah dan alat sulitnya termasuk testisnya dipotong dan kemudian diberi kepada babi.
Dalam kejadian yang berlaku di Olhos D'Agua, Brazil, suspek berusia 36 tahun itu cuba merogol anak saudaranya berusia 20 tahun. Namun mangsa berjaya melawan dan melarikan diri dari suspek yang ketika itu berada di bawah pengaruh alkohol.
Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada teman lelaki dan saudaranya yang lain. Berang dengan hal itu, mereka merancang untuk membalas dendam terhadap suspek.
Suspek dipelawa datang ke ladang tebu mereka dan di situ suspek diserang dan dibelasah sehingga tidak sedarkan diri. Setelah itu, seluarnya dilucutkan dan alat sulitnya dipotong. Bagi memastikan organ itu tidak dapat disambung semula, mereka mencampakkan alat sulit itu ke kandang babi untuk dimakan oleh haiwan tidak berleher itu.
Sebaik sedar dari pengsan, suspek merasa kesakitan luar biasa dan mengalami pendarahan teruk tetapi masih mampu pulang untuk menghubungi ambulans.
Paramedik tiba dan berjaya menghentikan pendarahannya sebelum dikejarkan ke Hospital Doutor Gil Alves.
Malangnya, doktor tidak dapat melakukan apa-apa kerana alat sulitnya tidak dapat ditemui. Pihak polis juga sudah cuba mencari alat sulitnya, tetapi gagal menemuinya.
Pakar bedah berkata, mereka hanya dapat membantu membuat saluran kencing agar lelaki itu dapat membuang air kecil.
Dua lelaki yang melakukan perbuatan kejam itu telah ditahan polis. Namun tidak diketahui sama ada suspek yang dikerat alat sulitnya itu juga akan ditangkap selepas pulih dari kecederaan, kerana cuba merogol anak saudaranya sendiri.
Sumber: Daily Mail
Post a Comment