'Nak je aku pusing balik rempuh korang' - Wanita maki polis di FB, bengang nyaris dikompaun RM10K walaupun dah dilepaskan dengan budi bicara
Media sosial yang sepatutnya digunakan dengan bijak, tetapi masih ada juga yang memilih untuk menggunakannya tanpa otak, bertindak menghina pihak berkuasa secara terang-terangan hanya kerana gagal mengawal emosi.
"Bang**t punya polis Putrajaya ni. Kau nak saman, saman je lah. Ceramah lak kau. Gamp**g. Kau ingat aku takut?!" tulis seorang wanita tanpa berselindung di Facebooknya jam 9.11 malam, 5 Mei 2021.
Wanita itu memuat naik beberapa status yang jelas sekali menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota yang terbabit dalam sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya, kerana berang ditahan polis dipercayai kerana melakukan perjalanan merentas negeri atau daerah.
Kebiasaannya mana-mana individu yang ditahan polis ketika di jalan raya, sudah pasti memanjatkan rasa bersyukur jika mereka dilepaskan dengan budi bicara, tetapi tidak pada wanita ini yang memilih untuk memaki anggota beruniform dengan kata-kata kesat.
"Aku pergi tak ada roadblock, aku balik ada roadblock. Pastu kau nak ugut aku, saman RM10,000. Konon kena ada surat. Pastu cakap, 'Saya lepaskan kali ni', eh? anjing la kau.
"Ada kerajaan macam lahanat, ada penguatkuasa semua macam hanjing. Kau dengan penjenayah sama je!
"Sabau (sabar) betul aku tadi. Nak je aku pusing balik rempuh kowang ni. Tangah dah tekan stereng, dia punya panas kat hati, pergh!" tulisnya.
Ada segelintir yang beranggapan, akaun Facebook wanita itu mungkin telah digodam. Tetapi Diana menyangkal tangapan itu dan menegaskan status-status 'kurang cerdik' itu sememangnya ditulis olehnya.
"Facebook aku tak kena hack, itu budak kecik dan menteri-menteri bodoh je yang cakap. Bodoh tu maknanya sayang," tulisnya sejam yang lalu.
Sementara itu, netizen beramai-ramai menggesa PDRM mengambil tindakan terhadap wanita terbabit kerana perbuatannya yang menghina anggota polis bertugas di SJR tidak boleh diterima.
"Alah, sembang kari je. Cakap kat belakang berani la, online kan. Cuba cakap depan-depan polis. Diam macam tikus cencurut je. Mohon PDRM kutip perempuan ni, kompaun balik RM10,000.
"Kalau yang macam ni kena kompaun, kami sikit pun takkan backup. Dah dilepaskan dengan budi bicara, bukan tahu berterima kasih," kata netizen, Elle.
Sumber: Facebook Diana Mat
Post a Comment