'Bak kata P. Ramlee, dah tua pun bodoh' - kata netizen yang geram dengan warga emas degil nak beraya, akibatnya 7 ahli keluarga lain disahkan positif Covid-19
Seorang wanita warga emas berusia 60-an sanggup melarikan diri dari kampungnya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) demi menyambut hari raya, mengundang padah apabila tujuh individu lain turut dijangkiti Covid-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, warga emas terbabit melarikan diri dari rumahnya di Mukim Bunut Susu ke rumah ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat. Warga emas itu hanya diketahui positif Covid-19 pada hari raya kedua.
JKNK pada awalnya mendapati warga emas itu tiada di dalam kampung, sedangkan namanya terdapat dalam senarai. Setelah diselidik, wanita itu rupa-rupanya lari ke rumah saudaranya di Tumpat setelah mendapat tahu kampungnya akan dilaksanakan PKPD, selain mahu menyambut Aidilfitri.
JKNK kemudian mengarahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat, mengesan wanita berkenaan untuk menjalani ujian saringan Covid-19. Keputusannya, warga emas itu disahkan positif Covid-19.
Disebabkan kedegilannya itu, seramai tujuh individu lain iaitu ahli keluarganya sendiri telah dijangkiti virus berbahaya itu.
Sehingga kini, JKNK masih giat mengesan semua individu yang merupakan kontak rapat kepada warga emas berkenaan untuk menjalani ujian saringan Covid-19.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment