(Video) Wanita ini guna lintah untuk rawat masalah jerawat di muka, buat netizen meremang
Masalah jerawat di wajah sememangnya sungguh tidak menyenangkan dan bagi yang mengalami masalah tersebut pastinya telah mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan jerawat agar wajah bersih dan tampil berkeyakinan apabila berdepan dengan orang lain.
Namun, tanpa disedari ada pelbagai punca mengapa pertumbuhan jerawat itu berlaku. Perubahan hormon juga boleh menjadi punca jerawat tumbuh seperti ketika datang bulan, hamil, stress dan banyak lagi.
Ada sesetengah orang sanggup menggunakan cara-cara yang pelik untuk merawat muka contohnya seperti wanita itu yang mengambil keputusan untuk merawat masalah jerawat di wajahnya menggunakan lintah.
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok menunjukkan wajah wanita berkenaan dipenuhi dengan lintah yang gemuk. Cara yang digunakan wanita ini tidak ubah seperti rawatan tradisional iaitu bekam yang dilakukan bagi mengeluarkan darah kotor.
Selain mengeluarkan darah kotor, lintah juga memasukkan zat dari badannya ke dalam tubuh bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
@dinata79 jerawat satu muka gays alhamdulillah sbuh total dgn terapi lintah
♬ original sound - Mukhamad Roydinata
"Banyaknya lintah ditempek pada muka, tengok je lintah-lintah gemuk tu dah meremang bulu roma," kata netizen.
"Bagaimanalah rasanya digigit benda ni ye? Sakit ke tak agaknya. Tengok je pun dah takut sangat," tambah netizen lagi. - Agensi
Post a Comment