(Video) 'Jangan bangun!' - Cubaan samun RM15,000 gagal, suspek dipijak bagaikan tiada hari esok


Percubaan seorang lelaki menyamun mangsanya (lelaki warga India) yang membawa wang tunai milik syarikat berjumlah RM15,000 menemui kegagalan apabila perancangannya tidak menjadi. 


Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.15 pagi, 15 Disember 2020, di Jalan Metro Perdana, mangsa berusia 36 tahun itu ditahan oleh suspek berusia 34 tahun yang mengacukan parang 40 sentimeter ke leher mangsa. 


Suspek memaksa mangsa menyerahkan wang milik syarikat pembekal komputer. Setelah itu, suspek cuba melarikan diri ke arah rakannya yang sedang menunggu di atas motosikal, tetapi usahanya itu gagal apabila mangsa menahan suspek dengan bantuan pengawal keselamatan peribadi. 


Panik melihat keadaan itu, rakan terus melarikan diri meninggalkan suspek yang kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 


Mangsa tidak mengalami kecederaan dan semakan polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.


Suspek direman selama seminggu untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Tiga lagi rakan suspek yang masih bebas sedang diburu polis. 


Sumber: Harian Metro

No comments