(Video) Demi konten Tik Tok, lelaki ni sanggup makan 2 sudu besar garam


Aplikasi Tik Tok semakin menjadikan pilihan pelbagai golongan untuk berkongsi video-video menarik sama ada video sekadar 'bergoyang' atau video yang memberikan inspirasi kepada penontonnya. 


Tetapi tidak dinafikan banyak video yang dimuat naik itu membuatkan netizen menggelengkan kepala. Seperti yang dilakukan oleh seorang lelaki ini yang sanggup menelan sesudu besar garam hanya untuk membuat konten di Tik Tok. 


Video yang dimuat naik pada Sabtu, 19 Disember 2020 telah ditonton lebih 7.2 juta kali itu menunjukkan lelaki berkenaan membuka bungkusan garam yang baru dibeli lalu dicedok dengan sudu dan terus dimasukkan ke dalam mulut. 


Aksi lelaki itu membuatkan netizen kebingungan seketika kerana tidak faham apa yang cuba dibuktikan oleh lelaki berkenaan. 


Tetapi umum tahu bahawa, pengambilan garam secara berlebihan adalah tidak baik untuk tubuh badan dan ia juga sering dikaitkan dengan masalah tekanan darah tinggi. 


Bahkan, pengambilan garam yang tidak terkawal boleh merisiko diri seseorang itu mengalami penyakit dimensia yang menyerang otak, kanser perut serta mengganggu fungsi ginjal. 


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan jumlah sodium (kandungan dalam garam) yang selamat diambil adalah 2 gram sehari atau lebih kurang satu sudu teh. 


@juragan.sembako

GARAM

♬ DJ Remix 2020 - Zhafran_Maulana


"Kesian sangat mamat ni, kalau diberi like, nanti bimbang dia semakin menjadi-jadi pulak," kata Krisnaerlanggaa. 


"Jangan menyeksa diri bang, cari konten lain untuk diviralkan. Followers bertambah pun, tetapi kesihatan diri tu macam mana?" kata Brinafazaira. 


"Demi konten, sanggup buat macam ni," tambah netizen lain. - Agensi

No comments