YouTuber cabul anak dara orang direman 2 hari, netizen fokus pada ketampanan anggota polis di sebelah suspek


YouTuber yang dituduh mencabul seorang wanita berusia 24 tahun direman selama dua hari untuk membantu siasatan, setelah polis mendapat perintah reman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu dari Majistret Kamarul Hasyime Rosli, hari ini. 


Suspek yang juga penerbit dan pengarah darama itu disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun keseksaan. 


Terdahulu, mangsa membuat pendedahan melalui Twitternya bagi mendesak lelaki itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Tetapi tuntutan itu tidak diendahkan membuatkan mangsa tiada pilihan lain, terus bertindak membuat laporan polis terhadapnya. 


Menurut pendedahan itu, mangsa mendakwa suspek masuk ke dalam biliknya di sebuah inap desa di Kubang Kerian pada 1 Ogos 2020 dan melakukan gangguan seksual serta cuba merogolnya. Namun mangsa sedaya upaya mengelak sebelum tangan dan kakinya dipegang dengan kuat. 


BACA: 'DIA CUBA BUKA SELUAR, BAJU SAYA' - GADIS DAKWA DICABUL YOUTUBER TERKENAL, BUAT LAPORAN POLIS


"Dia cuba untuk membuka seluar dan baju saya, tetapi tak dapat. Kemudian dia pegang saya kuat gila di tangan dan kaki, dan dia melan*** di atas saya," katanya. 



Menurut laporan media semalam, suspek masuk ke bilik mangsa lalu mencium, memeluk serta meraba mangsa selain melakukan onani.


BACA: 'KAU NAK PERANG KAN?' - YOUTUBER TERKENAL DITAHAN SELEPAS MANGSA BUAT LAPORAN POLIS


Setelah mengetahui mangsa membuat laporan polis, suspek akhirnya tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu. 


Sementara itu di media sosial, netizen terutamanya golongan wanita lebih fokus pada anggota polis bernama Amirul yang mengiring suspek ke sana ke sini.








No comments