Rahang terkehel akibat menguap terlalu besar
Seorang doktor ortopedik bernama Doktor Helmiyadi menunjukkan video rahang pesakitnya terkehel akibat menguap terlalu besar.
"Ini adalah pesakit lelaki berusia 45 tahun, mulutnya tidak dapat ditutup kerana dia menguap terlalu besar, jadi rahangnya tidak dapat kembali ke kedudukan asal," kata Doktor Helmiyadi.
Jelasnya, pihaknya sedang berusaha mengembalikan posisi rahang pesakit itu dan menyiasat bagaimana cara yang terbaik untuk menangani masalah tersebut.
Dalam video itu, Doktor Helmiyadi memasukkan jari ke dalam mulut pesakit dan menekan bahagian dalam mulutnya, sementara seorang jururawat memegang kepala lelaki itu dan hasilnya rahang pesakit itu berjaya dikembalikan ke posisi asalnya.
@dr.helmiyadi_spot Setelah dislokasi rahang dikembalikan, dipertahankan dengan elastic perban Balas @gaabbbbbbs ##ortopedi ##fypシ ##fyp ##fypdonggggggg ##jangantakutkedokter
♬ Papi Chulo Koplo Version - DRXML
Justeru, Doktor Helmiyadi menasihatkan orang ramai untuk tidak menguap secara berlebihan atau terlalu besar bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku. Selain menguap, ketawa yang berlebihan juga boleh mengakibatkan rahang terkehel. - Agensi
Post a Comment