'Dia cuba buka seluar, baju saya' - Gadis dakwa dicabul YouTuber terkenal, buat laporan polis


Netizen bagaikan tak cukup ruang untuk bernafas kerana satu demi satu isu timbul. Dan baru-baru ini, seorang wanita tampil mendedahkan dia menjadi mangsa gangguan seksual seorang YouTuber ternama. Siapakah itu?


Menurut laporan dari portal Oh! Bulan, mangsa berharap akan ada seseorang yang lain untuk tampil mendedahkan perkara itu juga di masa akan datang kerana sedar pendedahannya itu mungkin akan memakan dirinya kerana dia hanyalah insan biasa berbanding lelaki itu yang ada ramai peminat. 


TOLONGLAH one day akan ada someone yang spill the tea pasal YouTuber famous yang suka sexually harrassed/rogol perempuan ni. Aku nak bersuara tetapi takut aku yang kena hina balik. Ye la, dia kan famous, ramai fans. Aku ni apa jer, tapi tolonglah ya Allah. Aku tak sanggup lagi pendam.


Let me clear pasal yang ni:


1. Saya tak dirogol. Tapi dia sexually harrased saya dan cuba untuk merogol. Tapi saya tak hingin. Dia cuba untuk membuka seluar dan baju saya tetapi tak dapat. Kemudian dia pegang saya kuat gila di tangan dan kaki (guna kaki dia) dan l**** atas saya. Malu aku nak cerita. Allahu.


2. Saya bukan buat tweet ini untuk memfitnah YouTuber lain yang tidak bersalah. Dia ini bukan YouTuber yang menapak di Kelantan dan yang paling penting bukan *** *** ***** sangat-sangat profesional dalam bekerja. Dia tak gunakan talent untuk buat benda terkutuk. 


3. Tujuan saya buat tweet ini tanpa expose nama dia adalah sebab saya nak dapatkan perhatian dia. Saya nak dia minta maaf secara terbuka kepada saya dan mangsa-mangsa lain. Semalam saya Direct Message (DM) dia, bagi dia tengok tweets. Tapi nampaknya dia hanya read saja DM² saya. Okay, ini maknanya perang. Kau nak perang kan? Ha, jom ah start. 


4. Yang mana marah-marah sebab saya tak expose nama tu, niat dia satu je iaitu nak bergosip. Sibuk nak tahu sangat. Saya buat ini bukan nak buka aib orang, saya nak dia minta maaf publicly. Tapi kalau dia tak nak, saya akan fightlah. Saya akan expose untuk kebaikan bersama, especially untuk bakal talent-talent channel YouTube dia. 


5. Tujuan: First, nak perempuan lebih berhati-hati dengan lelaki di luar sana sebab kebanyakan lelaki ini mula-mula baik, lama kelamaan tunjuk taring. 


Second, nak talent-talent YouTube perempuan untuk berhati-hati dengan dia. Kalau dia ajak shoot, tak payah pergi. Takpun ajak lelaki yang boleh dipercayai untuk teman. 


Third, untuk memberi kesedaran kepada lelaki supaya jangan buat benda macam ini dekat perempuan. Perkara seperti ini adalah serius dan melibatkan maruah. Kadang-kadang dia tak sedar apa yang dia buat itu adalah salah. Sebenarnya perbuatan seperti ini melampau dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. 


Fourth, nak bagi kekuatan dan keberanian untuk mangsa sexual harrassment untuk bersuara dan fight. Untuk berhenti jadi mangsa penindasan kaum lelaki yang bernafsu binatang. 


6. Yang mana cakap saya melayan atau gatal ikut dia tu, boleh diam tak?! Kalau tak ada benda bagus nak cakap, baik tak payah cakap apa-apa. Saya bukan melayan! Dia perdayakan saya atas urusan kerja. hari pertama memanglah saya ada shoot dengan dia dan kemudian bila dah habis scene itu, saya nak balik tetapi dia cakap masih ada scene lagi. 


Kemudian dia meminta saya stay tidur di sana sebab keesokan itu dia nak shoot awal pagi. Demi Allah, atas nama Tuhan, kalau saya tipu saya kena panah petir. Saya menolak banyak kali dan kata nak balik serta akan datang awal untuk shooting. Saya yakinkan dia banyak kali tetapi dia buat muka tegas dan kata, 


"Saya nak awak stay kat sini. Saya tak suka talent saya lambat"


LOL. Selepas itu muka dia macam serius gila dan saya pula jenis dah biasa shoot dan biasa deal dengan YouTuber yang tegas dan strict. Jadi saya ingat dia tu jenis macam itu juga. So saya iya-iyakan saja dan kemudian sebab ada dua orang talent perempuan yang stay, sebab itu saya stay juga. 


Tapi sebelum itu saya dah janji dengan kawan saya, nak pergi BBQ di rumah dia. Jadi saya beritahu kawan YouTuber itu yang saya nak pergi ke rumah kawan saya. Nanti malam saya akan balik homestay. Saya minta dia jangan kunci pintu.


Selesai BBQ kira-kira jam 1 pagi, saya pergi ke homestay itu dan tengok YouTuber itu bersama dengan dua orang lagi kawannya masib belum tidur. Dia terus laju tunjuk bilik untuk saya. Bilik itu bilik bujang, tak ada orang. Saya ingatkan saya stay dengan dua talent perempuan itu. Tapi saya tak fikir negatif sebab demi Allah saya ingatkan diorang tak sudi tidur dengan saya. 


Dalam otak saya, terfikir macam talent perempuan dua orang ni mungkin tak nak aku tidur dengan diorang sebab diorang macam tak friendly dengan saya. Kitorang tak bercakap pun. Kalau saya tanya sepatah, jawab sepatah. Jadi seganlah dengan diorang. Tapi sebenarnya diorang baik je, jadi *** pun stay sajalah di bilik itu. 


By the way, YouTuber itu cakap bilik bujang itu actually bilik dia tapi dia bagi saya stay situ. Dia cakap dia tidur dengan kawan dia lagi dua orang itu. So saya macam okey sajalah. Tengah malam itu, terjadilah benda ini dan saya tak sangka tau sebab saya baik dengan dia dan anggap dia member. Tak sangka dia macam tu. 


Dah buat laporan polis tetpai belum selesai. Malam nanti sambung dekat IPD jenayah pula. Will update. 


Sumber: Twitter, Oh! Bulan

No comments