(Video) 'Pagi tu jumpa 2 puntung rokok baru' - Penyamun buka pili air biar melimpah untuk umpan penghuni keluar
Kalau dengar bunyi air paip di luar rumah terbuka di tengah-tengah malam buta, tak payah gagah keluar pergi tutup. Bukan apa, ini cara penyamun sekarang ni.
Diorang buka paip air dan dibiarkan membasahi lantai agar penghuni rumah terdengar bunyi air. Sedangkan paip air itu ada getah paip tetapi diorang cabut. Nak bagi kita keluar rumah untuk pergi tutup pili air. Semasa kita keluar, mereka akan samun kita.
Semalam rumah kami area Behor Mali. paip air terbuka dari tengah malam. Bangun pagi ini check sekeliling rumah, tengok di belakang rumah ada dua puntung rokok yang masih baru. Baik punya port diorang melepak tunggu di belakang rumah.
Sumber: Nurrul Mohd Noor
Post a Comment