Suami ratah adik ipar 7 kali, dakwa dirasuk syaitan ketika melakukan perbuatan terkutuk itu


Faisal dan isterinya yang berusia 26 tahun baru sahaja bernikah empat bulan yang lalu dan menetap di sebuah rumah sewa bersama adik iparnya yang berusia 14 tahun sejak April lalu di Surabaya, Indonesia. 

Difahamkan, si isteri membawa adiknya tinggal bersama kerana kedua orang tua mereka sudah bercerai. 

Tetapi, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Faisal tergamak merogol adik iparnya yang masih di bawah umur itu. 

Faisal melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya tiada di rumah atau sedang bekerja. Namun perbuatannya itu terbongkar apabila si isteri ternampak Faisal dengan adiknya tanpa seurat benang di dalam bilik mandi. 

Remaja itu berkata, dia takut menceritakan perbuatan lelaki itu kepada kakaknya. Malah dia tidak mahu merosakkan kebahagiaan rumah tangga kakaknya yang baru sahaja dibina bersama Faisal. 

Sementara itu, Faisal mengaku dia didorongi nafsu dan dirasuk syaitan ketika menggauli adik iparnya beberapa kali. Faisal mengaku dia ada memegang tangan mangsa dan merayu tidak menjerit. 

"Khilaf saya, sudah tujuh kali tapi yang kelapan tidak jadi kerana sudah kantoi di depan isteri," katanya. 

Si isteri kemudian melaporkan kejadian itu di balai polis dan Faisal terus ditahan pada Rabu lalu untuk siasatan lanjut. 

Faisal akan didakwa di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun. 

No comments