Gadis 14 tahun dibunuh sebelum suspek merogol mayatnya
Remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana membunuh dan merogol kekasihnya yang berusia 14 tahun hanya kerana mangsa enggan melakukan hubungan intim dengannya.
Kejadian itu berlaku pada 17 Ogos lalu di Kecamatan Tapung Hulu, Indonesia.
Menurut laporan Tribun, mangsa yang masih bergelar pelajar itu mengenali suspek, Yogi Pratama melalui Facebook.
Selepas seminggu berhubung di media sosial, mereka berdua bercadang untuk keluar bersama pada 17 Ogos lalu.
Suspek yang menunggang motosikal Yamaha Vixion menjemput mangsa di rumahnya dan membawa dia ke sebuah pondok kecil di Mindal, Kelurahan Simpang Belutu.
Suspek memujuk mangsa untuk melakukan hubungan intim dengannya dan mangsa pada awalnya bersetuju. Baru saja mula melakukannya, DS mula mengubah fikirannya dan meminta suspek berhenti dari meneruskan perbuatannya itu.
Mangsa lari dari pondok itu, suspek mengejarnya dengan cangkul lalu memukul kepalanya sebanyak empat kali, dua kali di kepala dan dua kali di bahagian punggung menyebabkan DS mengalami kecederaan lalu terjatuh.
Tidak cukup dengan itu, suspek mencekik mangsa bagi memastikan remaja itu mati sebelum dia merogol mayat mangsa dan meninggalkannya di tempat kejadian serta merampas telefon bimbit mangsa yang kemudian dijual kepada rakannya.
Seorang pekebun, Tumiran, yang tinggal berhampiran menemui mayat mangsa ketika dia dalam perjalanan ke kebun. Tumiran segera membuat laporan polis mengenai penemuan mayat tersebut.
Polis mula menjalankan siasatan dan selepas 13 jam kemudian, suspek ditahan dan mengaku membunuh mangsa.
Dalam pengakuan suspek, dia berbuat demikian kerana mangsa tidak mahu melakukan hubungan intim dengannya.
Suspek kini berdepan dengan dakwaan serangan seksual dan membunuh.
Sumber: World of Buzz, Tribun News
Post a Comment