Cinta bertepuk sebelah tangan, lelaki ragut maruah crush sehari sebelum mangsa dilamar kekasih
Seorang lelaki berusia 23 tahun yang berasal dari Kecamatan Lubai, Kabupaten Muara Enim, Sumatera Selatan (panjang betul alamat!) ditahan polis kerana 'meragut maruah' gadis idaman yang sebaya dengannya.
Menurut laporan Sosok.id, suspek cemburu apabila mengetahui mangsa akan dilamar oleh lelaki lain. Berang perasaan cintanya bertepuk sebelah tangan, suspek bertindak di luar batasan.
Mangsa yang bekerja sebagai bidan dicabul oleh suspek tepat pada malam sehari sebelum mangsa hendak dilamar oleh teman lelakinya.
Ketua Polis Daerah Rambang Lubai, AKP Ahmad Bakri berkata, "Di rumah mangsa akan diadakan majlis lamaran di mana mangsa akan dilamar oleh teman lelakinya.
"Suspek pula sudah lama menaruh hati pada mangsa, tidak rela melihat gadis itu dilamar orang lain," katanya.
Malam kejadian, suspek nekad masuk ke bilik mangsa dan menurut pengakuan suspek, pintu depan kediaman mangsa tidak dikunci dan dikesempatan itu suspek masuk ke rumah mangsa tanpa dilihat oleh sesiapa.
Selesai melampias nafsu setannya itu, suspek segera keluar dari rumah mangsa.
Keluarga mangsa mengetahui kejadian itu selepas mangsa menceritakan mengenai apa yang telah menimpanya, terus membuat laporan polis.
Suspek ditahan dan disiasat dengan 289 KUHP yang memperuntukkan hukuman penjara selama 9 tahun.
Sumber: Sosok.id
Post a Comment