Bapa sumbat objek keras dalam 'anu' anak perempuan demi nafsu
Perbuatan terkutuk seorang bapa berusia 50 tahun yang tergamak menjadikan anak perempuannya sebagai tempat untuk memuaskan nafsu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibu kandungnya, 44.
Mangsa yang baru berusia lima tahun juga mengalami kecederaan di bahagian kemaluannya akibat disumbat dengan objek keras oleh suspek.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Besut, Hulu Terengganu ketika dia dijaga oleh bapanya selama empat hari pada cuti Hari Raya Aidiladha lalu.
Mangsa yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu kemudian dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan suspek meminta mangsa merahsiakan perkara itu dan mengugut akan membelasah ibu mangsa sekiranya perbuatannya terbongkar.
Ibu mangsa yang hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu pada jam 10 malam Ahad lalu, terkejut dan terus membawa anaknya ke Hospital Besut untuk menjalani pemeriksaan dan pengesahan hospital sebelum membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos berkata, siasatan mendapati pasangan itu dalam proses penceraian dan mangsa dijaga secara bergilir-gilir oleh suspek dan ibu mangsa.
"Kita sedang menunggu keputusan laporan perubatan dan suspek juga sudah ditahan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana perhubungan seks dengan objek," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Post a Comment