Pelanggan jumpa ulat dalam ayam goreng, manager salahkan pelanggan pilih ayam berulat
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook. Chris, memuat naik gambar di Facebook Group I Love Sungai Besar berhubung penemuan ulat dalam ayam goreng dimakannya di sebuah restoran di Sabak Bernam.
Menurut Chris, dia makan di restoran itu bersama dengan suami dan dua lagi rakannya pada jam 11 malam Khamis lalu.
Namun dia menyedari ayam goreng yang baru habis dijamah itu mengandungi ulat.
"Kami sedang bersembang, tiba-tiba tekak saya loya selepas ternampak banyak ulat hidup keluar dari tulang ayam yang baru dijamah," katanya yang kemudian memaklumkan penemuan itu kepada pengurus restoran.
"Pengurus mengarahkan pekerjanya menyimpan semula ayam dan apabila saya memanggilnya ke meja kami, dia seolah-olah menyalahkan saya kerana memilih ayam berulat," katanya.
Chris kesal pengurus restoran itu tidak mahu mengakui kesilapannya yang menghidang ayam berulat kepada pelanggan.
Chris juga mengalami cirit-birit selepas makan ayam goreng tercemar itu dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik swasta pada keesokkan harinya.
Doktor mengesahkan Chris mengalami keracunan makanan yang dipercayai berpunca dari ayam goreng tercemar itu.
Susulan kejadian itu, Chris telah membuat aduan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam untuk memohon tindakan lanjut terhadap restoran tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Post a Comment