(Video) 'Ghost Smoke' seolah-olah mengajar budak merokok, KKM akan ambil tindakan segera
Berdasarkan video tersebut, ketika ditanya oleh seorang wanita, adakah ini cara makan gula-gula tersebut, dan adakah sedap? Pelajar ini hanya mengangguk. Gula-gula tersebut juga dikatakan tidak perlu ditelan dan hancur di mulut.
Sementara itu juga, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Mohd Fauzi bin Haji Sahat YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Pekan Papar, Sabah.
Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua
Untuk makluman semua, ada terdapat satu jenis gulu-gula yang sedang menular dikalangan kanak-kanak sekolah di SK Pekan ini. Gulu-gula tersebut dipanggil Smoke Candy dan Ghost Candy. Gula-gula ini apabila disedut ke dalam mulut ianya berupaya mengeluarkan asap seakan-akan asap rokok. Gulu-gula ini sedang popular dikalangan kanak-kanak di Papar ini dan ada terjual di kedai-kedai di Pekan Papar.
Walaupun belum diketahui tahap kesihatan memakan gula-gula ini tetapi keupayaan mengeluarkan asap seolah-olah mengajar kanak-kanak menghisap rokok. Aduan telah dibuat kepada Pegawai Kesihatan Daerah Papar dan tindakan pemeriksaan primes telah dijalankan pada petang tadi. kajian sedang dijalankan oleh KKM Papar bagi mengetahui tahap kemudaratan kanak-kanak mengambil gula-gula ini.
Adalah diharapkan Ibubapa dapat membuat pemantauan terhadap kanak-kanak sekolah terutama dari Darjah 5 dan Darjah 6 yang didapati amat cenderung membeli gula-gula ini. Bersama-sama ini saya sertakan gambar-gambar berkaitan.
Sekian Terima Kasih.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh dan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
“Ia (penjualan gula-gula Ghost Smoke) adalah sesuatu yang mengejutkan dan cara ia dipasarkan, dalam kalangan pelajar sekolah.
“Perkara ini sudah kita perhatikan dan akan mengambil tindakan segera. Kita tidak akan membenarkannya,” katanya.
Sumber: Harian Metro, AADK Kuching
Post a Comment