'Produk hantu syaitan ni dah masuk hingga ceruk kampung' - Guru dedah ada murid ketagih siap jadi ejen jual Ghost Smoke


Baru-baru ini tular satu rakaman video menujukkan beberapa orang pelajar sekolah sedang menikmati gula-gula yang dikenali sebagai Ghost Smoke. Rakaman video tersebut telah menarik perhatian beberapa pihak dan dikatakan satu siasatan dan penguatkuasaan akan dijalankan bagi membanteras gejala ini.

Seorang tenaga pengajar pula mendedahkan produk tersebut sudah pun meluas di kampungnya sendiri sehinggakan para pelajar menjadi pengguna setia. Tidak kurang juga ada yang menjadi ejen penjual gula-gula ketagih ini. Kesan pengambilan gula-gula ini turut dikatakan boleh membawa kepada kematian sekiranya penyedutan tinggi atau kuat berlaku.

PRODUK hantu syaitan ni dah masuk hingga ke ceruk kampung, berdekatan kampung saya sendiri bila guru di beberapa sekolah buat spot check banyak pelajar yang jadi pengguna setia, agen penjual pun di kalangan pelajar juga, lelaki perempuan semua ada.

Harga RM0.50, bentuk serbuk. Masuk dalam mulut keluar asap macam vape. Sekali dua cuba boleh jadi ketagih, rosak akal, rosak kesihatan. Dan ketahuilah bahawa asap itu makanan syaitan, sesuai namanya Ghost Smoke "Asap Syaitan". Ini bukan gula-gula untuk manusia. Hantu syaitan saja yang layak menelannya.

Jika di negara barat, produk lollipop ciri sebegini telah bermula 2-3 tahun lalu dikenali sebagai "Dragon Breath" atau Nafas Naga, kerana apabila mengeluarkan asapnya, ia kelihatan merokok bagai seekor naga. 

Kata Dr. Reed Caldwell, pembantu professor di NYU Langone Health: "First is rapid significant damage to the skin and body if swallowed, Liquid nitrogen is what’s used by dermatologists to burn things off skin so we know it can be destructive to tissue.” 

Ia juga boleh merosakkan kornea atau fungsi penglihatan, sekiranya penyedutan tinggi/kuat berlaku, ia boleh membawa asphyxiation yang boleh membawa kematian.


Idea merosakkan Melayu Islam ini makin hari makin menggila, belum cukup dengan kerosakan dadah ganja, arak zina dan pelbagai lagi dosa sedia ada, kini ditambah lagi dengan strategi halus merosakkan anak-anak yang belum remaja, sedangkan mereka belum kenal erti sihat di hari tua, belum mengerti bahawa gula-gula jahanam itu akan memusnahkan moral dan kesihatan mereka.

Hari ni mereka rasa power rasa bangga sebab mereka masih mentah dan muda. Esok lusa merana sampai ke tua. Waktu itu ibu bapa menangis pun tak guna. 

Ibu bapa, guru, kerajaan semua perlu memainkan peranan besar menghapuskan benda-benda sebegini. Setakat ni hanya bicara yang keluar, pekeliling arahan belum nampak lagi. 

Segera dan tegaslah pemimpin dalam agenda membaiki moral bangsa, jangan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Adapun bagi kumpulan yang tidak bersetuju, biarkan saja. Mereka itu hantu dewasa. Titipkan doa pada mereka supaya dibuka hati agar tinggi rasa cinta pada keturunan dan agama kita.

No comments