Doktor keluarkan barang kemas, syiling bernilai RM271,000 dari perut pesakit
Runi Khatun, 26, terdahulu dalam keadaan lemah dan kurus ketika dikejarkan ke hospital pada 16 Julai lalu apabila muntah setiap kali makan.
Ketika dibedah, doktor mengeluarkan 60 utas rantai, 80 bentuk anting-anting, 46 keping duit syilling, 8 loket, 11 anting-anting hidung, 4 kunci, 5 rantai kaki dan satu jam muka dari perut pesakit.
Tambahnya, Runi mendapat duit syilling itu dari kedai abangnya dan apabila ditanya mengenai kehilangan duit syilling itu, dia akan menangis.
"Dia tidak mampu untuk makan dan kami terpaksa rujuk dia ke bahagian nutrisi untuk menstabilkan keadaannya dalam tempoh seminggu sebelum dapat dibedah.
"Kalau pesakit dibedah awal, risiko pesakit mati adalah tinggi," katanya.
Dalam pembedahan yang berlangsung selama satu jam 15 minit, doktor berjaya mengeluarkan sebarang bendasing dari perut pesakit. Keadaan Runi kini stabil.
Sumber: Daily Mail
Post a Comment