'Dia ditembak 2 kali di kepala...' - 99-Door Mansion, Bryam Estate antara tempat paling seram di Malaysia


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

99-DOOR Mansion, Byram Estate, di Nibong Tebal. One of the most haunted place in Malaysia. Actually ada 100 pintu sebenarnya kat sana. 

Dulu rumah agam ini, ownernya orang British iaitu Ramsden family. Rumah ini dibina pada tahun 1800. Diorang ni bekas owner ladang pokok getah. Diorang dapat keuntungan yang melambak sampailah diorang kaya. Kemudian buat rumah besar dan pintu banyak nak mampus. 

Rumah agam ini ada 99 pintu to be exact. Pasal pitu yang ke-100 itu, aku beritahu sebentar lagi. 


Tiada siapa yang tahu kenapa keluarga si Ramsden ni nak rumah agam besar,  kemudian banyak pintu. Well, mungkin rumah besar kan, pastu tak adalah kosong sangat. Mungkinlah. 

So sampailah ada satu tragedi berlaku pada tahun 1948 di rumah itu dan membuatkan rumah agam pintu banyak ini terkenal. 

Apa yang terjadi? Ha, cucu kepada si Ramsden dibunuh secara kejam. Nama dia John St. Maur Ramsden. Dia ditembak di kepala dua kali. Kau tahulah apa jadi kalau tembak di kepala dua kali kan? 

Jadi, cucu si Ramsden ini kena bunuh di tangga rumah agam itu. That's why "Murder on the staircase". Pembunuhnya pula tidak diketahui dan dijumpai sehingga sekarang, case unsolved. 


Motif pembunuh ini pun tidak diketahui juga tetapi instinct detektif aku menyatakan kes pembunuhan ini adalah kes cemburu di atas kekayaan keluarga si Ramsden. Benda biasalah kalau orang dah berjaya teruk, confirm ada yang dengki atau cemburu. 

Ada spekulasi juga terjadi pasal kes bunuh cucu si Ramsden ini:-

Askar Jepun yang bunuh cucu si Ramsden ni dan kemudian pergi bunuh satu keluarga si Ramsden. Jadi, harta benda semua dirampas oleh tentera Jepun. 

Lalu rumah ini pun terbiar selama 50 tahun lebih. Korang tahu kan kalau rumah besar dah lama terbiar jadi apa? Rumah agam ini terus ada paranormal aktiviti. Auto-paranormal la selepas kejadian kes misteri itu. 

Rumah agam 99 pintu ini, selepas lama ditinggalkan sudah tentu ada 'penghuni'. Tengok pun dah tahu. Tetapi tentang 'penghuni' tu takdelah risau banyak. Paling dirisaukan, kat situ adalah tempat bertapa bomoh-bomoh Malaysia. Fuh! Diorang bertapa kat situ menyeru orang yang dah mati. 


Rumah agam 99 pintu itu terus ada paranormal aktiviti. Orang kampung yang berdekatan kat situ boleh dengar bunyi gendang, orang menjerit macam kena pukul, bunyi seakan-akan serigala jadian. 

Agak-agaknya bomoh ni seru siapa? Sudah tentulah keluarga Ramsden kat situ. Lagi-lagi cucu si Ramsden. Bomoh ni, dia buat kerja dioranglah. Seru itu, seru ini. Diorang siap guna pintu berjumlah 99 itu untuk tujuan mistik. Ha time inilah ada pintu ke-100. 

Bukan pintu Doraemon, tetapi pintu ke alam lain. Orang kat situ kata, tepat jam 12 tengah malam, pintu ke-100 itu akan muncul dan terbuka luas. Bomoh yang kira 'pro' boleh masuk ke alam lain. 

Di alam lain itu, diorang boleh buat apa yang diorang nak. Kiranya bomoh itu masuk ke 'dunia mereka'. Kat alam itu tak tahu apa yang ada. Wallahualam. 

Sebelum ini pernah terjadi satu kes kena rasuk dengan bomoh dari alam lain yang dah melepasi pintu ke-100 itu. Orang yang kena rasuk itu adalah krew SEEKERS, team paranormal yang terkenal beberapa tahun dahulu.

Macam biasalah, rumah agam mistik ini kena serbu dengan team paranormal dari serata dunia. Banyak kejadian yang berlaku pada orang yang datang menjenguk rumah agam ini. 

Apa yang pasti, rumah agam ini masih dalam senarai tempat paling berhantu di Malaysia. Kalau nak jenguk, buat BBQ party ke apa, korang kena minta izin dengan penduduk tempatan di situ. 

By the way, kalau korang nak usha dalam rumah agam ni tapi korang takut atau rumah jauh serta tidak berkesempatan, boleh guna Google Streetview ini. 

Sumber: Manap

No comments