Budak tusuk kemaluannya dengan jarum akupuntur agar tidak tertidur ketika siapkan kerja sekolah tetapi terima akibat


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di utara barat China terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas dia memasukkan jarum akupuntur (4 inci) ke dalam zakarnya. 

Mangsa dikejarkan ke hospital pada awal pagi Jumaat lalu selepas ibunya menyedari mangsa mengalami kesukaran untuk berjalan. 

Mangsa, Xiaolong, kemudian memberitahu ibunya yang dia cuba mengelakkan dirinya dari tertidur ketika menyiapkan kerja sekolah dengan memasukkan jarum tersebut ke dalam zakarnya. 

Mangsa terpaksa menahan kesakitan itu selama 15 jam sebelum dibawa ke hospital, kerana malu mahu memberitahu perkara itu kepada ibu bapanya. 

Akibat dari perbuatannya itu, mangsa mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.



"Dia berisiko untuk terkena jangkitan atau pendarahan. Jika jarum itu dikeluarkan, ia akan menjejaskan saluran air kencingnya," kata doktor pakar urologi. 

Sementara itu ibunya, Li menyedari anaknya berjalan terlalu perlahan dan meminta mangsa berjalan cepat sedikit. Keadaan itu membuatkan Li marah sebelum mangsa berterus terang mengenai apa sebenarnya yang berlaku, membuatkan ibunya terkejut seketika. 

Difahamkan, jarum akupuntur itu adalah milik neneknya yang disimpan dalam laci. 

Doktor pakar berjaya mengeluarkan jarum itu melalui pembedahan yang dijalankan selama dua jam dan mangsa dijangka akan pulih. 




Sumber: Daily Mail

No comments