'Kau cakap dengan siapa?' - Bahana pulang lewat, remaja diekori 2 kelibat misteri dari tren


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

THREAD ngeri yang saya nak kongsikan ini berjudul 'The Last Train To Home'. Kisah benar ini berlaku sewaktu saya dalam perjalanan pulang dari Dang Wangi ke Taman Melati. 


Sewaktu aku berumur 19 tahun, aku gemar pergi konsert indie fest, rockastyle, A.C.A.B dan macam-macam lagilah dengan gig. Masa pergi itu beramai-ramai. Alhamdulillah aku tak berpakaian emo, cuma seluar besar bawah dan baju kotak-kotak rambut panjang ala-ala raggae gitu. 

Niat di hati nak overnight di KL Tower sebab macam dah lewat je, takut tren tak ada. Kami tak sehaluan, ada yang naik motosikal, kereta, bas dan pengangkutan awam lai. Aku seorang sahaja yang menghala ke Gombak dan yang lain menghala ke Kelana JAya apa semualah. 

Bila dah habis pergi fest apa semua, berkumpul di LRT Station Dang Wangi untuk meneruskan perjalanan ke haluan masing-masing. Kami beria-ria berlari tak berhenti-henti nak kejar tren sebab takut dah tutup. Tapi staff LRT dah siap menunggu di tangga eskalator itu. Dia panggil kami. 

"Cepat dik! Cepat! Last tren dah ni. Satu menghala ke Kelana Jaya dengan Gombak!" 

Aku pun pelik, tak pernah-pernah staff rajin dok pekik begini. Mungkin masa itu kami pertama kali tengok. Budak lagi la katakan, semua macam baru akhil baligh. Okey, lajukan langkah. 

"Terima kasih bang! Huh, ada lagi eh. Nasib baik! Kalau tak, kami dah merempat kat LRT ni dah." 

"Lewat-lewat ni korang bua apa dengan muda-muda macam ni? Sekolah lagi ke ni?" soalnya. 

"Cantik sikit bang! Kami dah 19 tahun, habis dah sekolah," berlagaklah sikit sebab dah habis sekolah. 

Okey, kami pun turun tangga tunggu lift. Hanya kami saja berada di bawah tanah itu. Kawan beria-ria dok sakat-sakat aku. 

"Habislah kau balik lidd! Kau tu dahlah mata rinnegan. Apa-apa call kami weh! Jangan diam je kalau dah sampai." 

Aku pun gelak macam biasalah, aku mudah terhibur. 

Waktu tren menghala ke Kelana Jaya, kawan-kawan aku semua dah gerak sebab diorang sekali tren ke sana dan aku keseorangan menghala ke Gombak. Ini adalah gambar contoh suasana sunyi dan seram sejuk keseorangan. Tiada seorang pun yang berada di bawah ini. 


Sementara menunggu, dari jauh bunyi tren sudah kedengaran. Masa kau duduk tunggu tren nak sampai, biasalah bawah tanah, terowong kan. Bunyi gesel-gesel dia tu mengerikan. Macam bunyi menangislah, apalah. Sebab kau seorang masa tu, macam-macam boleh fikir. 

Tren pun sampai, aku pun naik dan duduk di bahagian belakang sekali sambil dengar lagu guna fon telinga. Tutup je pintu, aku pun layanlah sambil tengok tren itu bergerak dekat cermin belakang tren itu. Gelap dan sunyi malam itu. Usha belakang, ada dua orang dalam tren. Satu di sebelah hujung depan satu, satu lagi dekat dengan satu gerabak aku. Dua orang itu pandang ke depan saja. Yang sebelah depan main handphone dia. Buat tak tahu sebab ada orang teman dalam gerabak.

Masa tengah fokus layan lagu, tengok di cermin belakang itu, berdekatan lorong tu bbelah atas dia aku nampak ada sesuatu yang melekat seperti Spiderman. Kepalanya botak, matanya bercahaya putih sebab kena lampu tren. 

Aku dok tengok-tengok, eh apa benda tu? Mental masa itu fikir penat, tambah pula dengan fikir macam-macam sebab dah lewat malam. Aku pun rasa macam tak perlu nak duduk kat cermin ini lama-lama. 

Berjalan pergi duduk dengan orang yang duduk dekat satu gerabak dengan aku itu, belah belakang. Boraklah dengan dia sebab nak hilangkan nervous aku tu. Aku ni peramah orangnya, kenal tak kenal aku tegur sajalah. Menyirap juga hati aku sebab dia jawab sepatah-sepatah. 

Aku jelinglah kat depan sana tu, bro itu dok record aku. Selepas itu dia panggil aku pergi dekat dia.

"Haa kenapa bang? Kenapa panggil saya?" 

"Kau cakap dengan siapa? Baik kau duduk dengan aku, temankan aku," katanya. 

"Saya cakap dengan pakcik itulah bang." 

"Selepas keluar dari bawah tanah ni, aku nak tunjuk something tapi kau tinggal mana? Setiawangsa ke sama dengan aku?" soalnya. 

"Eh tak bang, saya tinggal di Melati. Kenapa tu? Apa yang nak ditunjukkan tu?" 

Dia pun tunjuk video dekat aku yang aku bercakap seorang diri. Tapi kenapa aku seorang saja yang nampak?

"Biasalah dah lewat macam ni ada saja yang akan menumpang sekali." katanya. 

Aku mula goyang, otak dia pergi tunjuk dekat aku! 

Selepas tren itu sampai ke Setiawangsa, dia pun keluar sambil pesan suruh istighfar dan berzikir, jaga diri apa semua. Aku memang rasa nak berhenti di Setiawangsa pada masa itu. 

Aku terkial-kial nak call orang ajak teman, dengan bunyi tren yang mengerikan. Sesekali aku jeling juga ke belakang, pakcik itu masih ada di sana duduk memandang ke hadapan. Aku ingat lagi dia pakai baju t-shirt pagoda dengan seluar slack hitam dan rambut dia beruban. 

"Cepatlah sampai! Aku dah tak tahan dah ni," aku cakap dalam hati. 

Sampai ke Wangsa Maju, pakcik itu bangun dan keluar. Masa itu Tuhan saja yang tahu macam mana rasanya nak tertanggal jantung ini. Aku takut dia pergi dekat aku. Menggigil-gigil sejuk tangan pada masa itu. Tolonglah, aku seorang diri ni. 

Aku tengok dia keluar sambil aku angkat kepala, jenguk dia keluar menghala ke tangga. Intai-intailah dari sipi-sipi pintu, dia siap senyum dekat aku. Kepala otak apa! Goyang gila masa tu. 

Tren pun meneruskan perjalanan dan bila dah sampai ke Melati, aku turun dari tren, cepat-cepat sambil berlari membuatkan staff di situ pelik tengok aku kelam kabut touch kad nak keluar dari stesen. 

Tunggu teksi, tapi tiada satu teksi pun yang lalu. Call family suruh datang jemput, seorang pun tak jawab. Jam dah pukul 12.50 pagi, dah dekat pukul 1 pagi. 

Jalan pintas dari Stesen LRT ke rumah aku itu ada lorong-lorong rumah, gelap gelita tidak berlampu. Nak tak nak, kena lalu. Dari stesen aku berlari tanpa henti. Bila tiba di lorong kedua jalan pintas itu, ternampak orang tua berbongkok duduk di tengah lorong. Ah sudah!

Tak jadi nak lalu, Pusing jauh sikit sambil berlari. Badan dah tak larat, mengah gila berlari saja dari tadi. Sampailah ke rumah, ketuk pintu tiada seorang yang bangun buka pintu. Tidur mati ke apa diorang semua ni? Tak apalah, dah tidur kot. 

Dulu arwah ayah aku ada van di depan rumah dan dia sengaja tak kunci van itu. Siapa yang balik lewat, pandai-pandailah tidur dalam van itu sampai esok pagi baru diorang kejutkan. 

Aku pun nekad tidur dalam van. Call jiran, kawan aku, tak jawab. Malang betul nasib malam tu. Tengah baring-baring sambil bilik handphone, main game bounce, tiba-tiba van bergoyang. Tingkap di belakang diketuk-ketuk. Aku pejamkan mata sambil istighfar. Kalau aku keluar dari van ini lagi naya, silap-silap kena kejar. Nekad duduk dalam van, kunci pintu, tutup tingkap. Dalam van sejuk sebab tengah pagi kan. 

Terasa macam ada orang berjalan ke arah tepi tingkap sebelah kanan aku. Aku terasa macam pakcik dalam tren itu duduk tengok aku dekat tingkap. Tapi aku tak nak langsung pandang, dia mula mengeluarkan bunyi yang membuatkan aku rasa nak pengsan. Bunyi macam humming dengan bunyi anjing tengah marah. 

Takut punya pasal, aku tertidur dalam van. Sehingga keesokan paginya ayah kejutkan aku. 

"Seronok duduk dalam van?" 

Aku diam je, bangun terus masuk rumah. Tiba-tiba tengah berjalan masuk ke rumah, ayah kata, 

"Sebenarnya ayah nampak kau dekat tingkap, tengok kau dalam van tu. Ayah nak hukum kau sebab balik lambat. Malam tadi kau nampak orang tu dengan nenek dekat atas bumbung van tak?" 

Aku cakap ya. 

"Semalam aku nampak satu persatu benda tu pusing-pusing van tengok kau. Tapi aku tak nak tolong kau. Bahana untuk kau dengan pelajaran dalam hidup kau!" 

Arwah ayah aku ni tukang ubat orang. Jadi, dia boleh nampak satu persatu sebab dia satu guru dengan Tuan Guru Harun Din. 

"Haa eloklah tu, biarkan anak kena macam tu. Tahu tak teruk orang kena! Kalau jadi apa-apa, nanti siapa susah?" aku jawab. 

Steady je jawapan arwah ayah aku (hahaha!)

"Mati lebih baik dari menyusahkan kedua ibu bapa kau. Suruh jadi orang pun susah. Belajar dari kesilapan. Arwah datuk kau didik ayah memang seram gila dengan tegas." 

Walaupun ayah cakap macam tu, dia datang ke bilik ubatkan aku, buang satu persatu. 

"Ni benda apa yang mengikut kau ni? Kau kena tegur ni!" kata ayah. 

"Erm, bukan orang yang kena tegur, orang yang pergi tegur benda tu". aku jawab. 

Macam biasa kena leter dan ceramah A-Z. Selepas berubat, aku terus menggigil macam nak demam. Ayah bagi air ubat yang dia bacakan, bersembur aku minum. MAcam minum air berkaca. Perit tekak minum air tu. Padahal air ubat dia bacakan itu tak ada apa-apa. 

"Air apa ni yah? Dah macam racun dah." 

"Minum, habiskan. Nak buang bisa dalam badan dengan muntah benda tu yang masuk dalam badan kau waktu kau tidur." katanya. 

Aku pun minumlah sampai habis. Selepas minum, badan jadi panas nak demam. Aku pun rehat sambil memikirkan kejadian malam tadi. Agaknya pakcik yang senyum kat aku tu mengikut aku agaknya. 

Ini gambar-gambar penumpang di LRT yang ditangkap oleh staff Rapid baru-baru ini. 



Jangan ingat tak ada penumpang lain yang naik sekali di lewat malam. Ada je yang menumpang. Bagi yang tak nampak mesti akan cakap, "Okey je aku balik kerja lewat malam naik tren" tu bagi kau yang tak nampak Bagi yang nampak, koyak mental tau. 

Ini lorong jalan pintas yang aku nampak pakcik bongkok tu. 


Sumber: @TheHulkey

No comments