Budak maut selepas rakan masukkan muncung pengepam angin di dubur dan pam perutnya
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di India maut selepas rakannya memasukkan muncung pengepam angin ke dalam duburnya, lalu mengepam perutnya penuh dengan angin.
Sehari sebelum kejadian itu, Kanha Yadav sedang bermain di kilang tempat kerja bapanya di Madhya Pradesh.
Bapa mangsa, Ramchandra berkata, dua anak kepada rakan sekerjanya membawa Kanha pulang ke rumah dengan kesan lebam di bahagian perut.
Kanha terus dibawa ke hospital tetapi disahkan telah meninggal dunia.
Inspektor Sanjay Shukla berkata, "bapa mangsa bekerja di kilang dan tinggal bersama keluarganya di premis itu.
"Siasatan mendapati, rakan mangsa memasukkan muncung pengepam angin ke dubur mangsa ketika bermain dan mengepam angin masuk ke dalam perut mangsa.
"Mayat mangsa dihantar untuk dibedah siasat dan punca kematian akan dimaklumkan kelak," katanya.
Sumber: Daily Mail
Post a Comment