Menteri akan dipecat serta-merta jika didapati terbabit kes rasuah, salahguna kuasa - PM



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, mana-mana menteri dalam Kabinetnya didapati terlibat dengan rasuah atau salahguna kuasa akan dipecat serta-merta. 


Beliau tidak akan bertolak ansur sekiranya perkara itu berlaku dalam kerajaan di bawah pimpinannya. 


"Saya sudah beritahu kepada rakan-rakan jemaah menteri yang saya pilih. Yang pertama, untuk soal tata kelola maknanya tiada rasuah. 


"Saya juga sudah bercakap dengan ketua-ketua parti komponen. Kalau ada semasa pentadbiran saya sebagai perdana menteri, kes seperti ini (rasuah), saya minta pecat mandat (sebagai menteri) serta-merta," katanya. 


Jelas Anwar lagi, peringatan itu bukan bersifat politik, sebaliknya merupakan keyakinan beliau untuk membebaskan negara daripada rasuah. Selain itu, arena politik tidak sepatutnya dijadikan sebagai platform untuk menunjukkan kekayaan serta kehebatan kuasa. 


"Saya mahu buktikan ada anak Melayu guna kuasanya untuk membela Islam, guna prinsip rahmah dan keadilan untuk ditegakkan di Malaysia. 


"Kita kena sentiasa waspada agar perpecahan dapat dielakkan," katanya. 


Sumber: Bernama

No comments