'Doktor, ada bom dalam bontot saya' - Bom Perang Dunia Kedua tersangkut dalam rektum warga emas, cetus kegemparan warga hospital



Doktor terkejut selepas seorang lelaki Perancis berusia 88 tahun datang ke hospital dan mengadu bom Perang Dunia Pertama tersangkut di rektumnya (lubang dubur). 


Warga emas yang tidak didedahkan namanya itu datang ke Hospital Sainte Musse di Toulon, selatan Perancis pada petang Sabtu lalu dengan harapan bom berukuran 8 inci itu dikeluarkan dari rektumnya. 


Kedatangan lelaki itu mencetuskan ketakutan ramai kerana doktor bimbang bahan letupan antik itu akan meletup.


Bagaimanapun, pakar pemusnah bom berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana hanya sedikit risiko bahan letupan itu akan meledak dalam badan warga emas terbabit. 


Difahamkan, lelaki itu memasukkan bom tersebut ke dalam rektumnya untuk kepuasan seksual. 


Jurucakap Hospital Sainte Musse berkata, pihaknya mengambil masa hampir tiga jam untuk menangani masalah lelaki itu, yang juga melibatkan campur tangan dari pakar pemusnah bom dan pesakit dewasa serta kanak-kanak perlu dipindahkan ke kawasan selamat. 


Walaupun dalam keadaan takut dan bimbang dengan keselamatan diri, doktor berjaya mengeluarkan bom tersebut melalui pembedahan, sambil dibantu oleh pakar pemusnah bom yang menentangkan mereka. 


Semakan mendapati, bom tersebut merupakan barang pengumpul dari Perang Dunia Pertama dan lazimnya digunakan oleh tentera Perancis pada awal 1900-an. 


Sumber: Daily Mail

No comments