'Saya pernah digelar perampas, tapi saya tak pernah hasut suami ceraikan isteri pertama'



Lazimnya golongan wanita tidak menyukai poligami dan menganggap perkara itu adalah satu perkara yang harus dielakkan dalam hubungan rumah tangga. Bagi lelaki yang berjaya berpoligami pasti merasakan dirinya adalah insan yang paling bertuah kerana dunia seolah-olah miliknya. 


Mendapat gelaran isteri kedua juga tidak terkecuali dari mendapat pelbagai persepsi di mata masyarakat. Ada yang digelar sebagai perampas, pengikis dan banyak lagi gelaran diberi. Bagi menangkis persepsi negatif itu, seorang wanita tampil memberi penjelasannya. 


"Orang selalu cop kalau jadi isteri kedua ni sebab mahukan harta. Sedangkan isteri yang kedua sebelum berkahwin sudah ada segala-galanya. 


"Isteri kedua juga pernah digelar sebagai perampas, sedangkan isteri kedua tidak pernah menghasut suami untuk menceraikan isteri pertama atau mengoda suami sebelum berkahwin. 


"Jika jodoh itu boleh ditolak dan dipilih, apa yang Allah aturkan bukan suami orang yang menjadi pilihan kerana pilihan itu banyak. 


"Tapi sejak berkahwin, isteri kedua yang selalu menghabiskan duit untuk suami. Walaupun suami tak pernah minta apa-apa, tetapi saya suka make over suami agar dia nampak lagi kcak dan bergaya. 


@erinazibidan_ Kikis suami orang jap 😌 #masukfyp #fypã‚·゚viral #trending #fyp #bagifyp #suamiorang #cintamonyet ♬ original sound - Shafrina Zibidan


"Walaupun saya tahu dia sebenarnya mampu beli sendiri, tapi isteri kedua masih digelar pngikis, kan? Sedangkan yang kedua tidak pernah mendapat apa-apa harta dari suami," katanya.


Bagaimanapun di media sosial, netizen mempunyai pandangan mereka sendiri berhubung video tular itu. Ada yang positif, tidak kurang juga yang memberikan pandangan negatif. 


"Ini namanya humble bragging atau berpura-pura merendah diri tetapi sebenarnya riak. Tak apalah, kita orang biasa tidak perlu madu kaya. Asalkan suami kaya ilmu agama dan kaya cinta isteri seorang dan anak-anak sampai ke syurga," kata Ain. 


"Tak apa kak, jangan peduli dengan kata-kata orang lain. Saya doakan akak dapat madu yang ketiga dan keempat supaya dapat merasa apa yang isteri pertama rasa," perli Miss Q. 


"Mungkin awak sebagai isteri kedua tak kikis harta suami. Tetapi awak kikis kasih sayangnya dari isteri yang pertama," kata King. 


"Isteri kedua yang baik takkan muat naik video bermesra-mesra dengan suami demi menjaga hati madu. Contoh yang terbaik adalah pelakon Zarina Zainuddin," kata Nurul Najwa.


"Kau nak belanja suami lantaklah. Tak payah nak sakitkan hati orang yang telah diduakan dan diceraikan. Masa berharta bolehlah. Tiba Allah SWT itu duga masa itu kau tahu kifarah. So isteriyang tak bekerja itu, ingat-ingatlah. Buat simpanan juga untuk diri sendiri," kata Itah. 


"Allah beri awak rezeki untuk mewahkan suami tapi tak perlu upload video seperti ini. Jagalah hati isteri pertama yang telah banyak korbankan perasaan untuk awak," kata Cikgu Juju. 


Apa pandangan anda? Kongsikan bersama kami di Facebook dan Instagram The Reporter.


Sumber: TikTok Erina Zibidan


No comments