Remaja maut terjatuh dari permainan taman tema



Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan maut dalam kemalangan tragis di taman tema selepas tergelincir dari tempat duduknya ketika menaiki permainan 'Free Fall' di Florida, jam 11 malam kelmarin. 


Mangsa, Tyre Sampson, 14, dari Missouri, Amerika Syarikat, ketika itu sedang bercuti bersama keluarga rakannya dan berkunjung ke taman tema itu pada Khamis, 24 Mac 2022. 


Perkhidmatan Kecemasan bergegas ke Taman ICON Orlando, Florida selepas mendapat panggilan berhubung kejadian itu untuk memberi bantuan awal kepada mangsa. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah. 


Difahamkan, abah-abah keselamatan di tempat duduk Tyre tidak dipasang dengan betul sebelum permainan Free Fall itu dimulakan. Juga tidak diketahui sama ada pengendali permainan itu memeriksa abah-abah keselamatan semua pengunjung yang menaiki Free Fall. 


Menurut sumber, beberapa saat sebelum permainan dimulakan, Tyre dan pengunjung lain dimaklumkan bahawa 'Free Fall tidak menyediakan tali pinggang keselamatan. Satu-satunya cara untuk menghalang mereka terjatuh dari tempat duduk adalah menggunakan abah-abah plastik yang ditarik ke bawah, bertujuan memastikan pengunjung kekal berada di kerusi masing-masing. 



Video futej menunjukkan Tyre tergelincir dari tempat duduknya dan terjatuh ke tanah sebaik saja permainan itu menjunam ke bawah dengan kelajuan 75 kilometer per jam, membuatkan ramai pengunjung menjerit ketakutan melihat kejadian ngeri itu. 


Sebuah lagi video menunjukkan seorang pekerja taman tema berlari ke arah pengendali permainan itu dan bertanya apakan dia melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum memulakan permainan itu.


Berikutan kematian yang tidak dijanka itu, keluarga mangsa memberi penghormatan yang penuh emosi kepada remaja berusia 14 tahun itu di media sosial. 


Pihak taman tema berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. Pihak berkuasa juga sedang melakukan siasatan dan ICON Park memberi jaminan mereka akan bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu. 


Sumber: Daily Star

No comments