Ambulans swasta ditahan dari meneruskan perjalanan untuk beri laluan kepada golongan VVIP, mengundang pelbagai reaksi rakyat


Tular di media sosial video dashcam yang menunjukkan sebuah ambulans swasta sedang bergegas ke lokasinya ditahan polis bagi memberi laluan kepada konvoi kenderaan VVIP, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Sumber berkata, insiden itu berlaku di Jalan Tun Razak menghala ke Angsana Johor Bahru Mall pada jam 2.14 petang Sabtu, 5 Mac 2022. 


Berdasarkan video dari dashcam ambulans tersebut, Alpha Ambulance dipercayai sedang bergegas ke lokasi dengan siren turut dibunyikan agar pengguna jalan raya memberi laluan kepadanya. 


Bagaimanapun tiba di lokasi kejadian, ambulans itu ditahan dari meneruskan perjalanannya bagi memberi laluan kepada konvoi golongan individu penting. 



Hal ini membuatkan netizen mula bertanya-tanya siapakah yang sepatutnya didahulukan dalam situasi begini. 


"Alasan apa pula nak bagi selepas ni? Nanti keluar alasan bijak-bijak kata ambulans tu tak kecemasan bla.. bla.. bla... Lepas tu yang komen lebih-lebih pula yang kena siasat," kata Mohd Hazmin. 


"Aku rasa dalam sistem lesen memandu, wajib pada polis, ambulans, bomba. Tak ada pula kata kalau VVIP lalu pengguna lain kena berhenti," kata Izjn Mard Izjnmard. 


Ada segelintir netizen yang 'menyasarkan' dua anggota terbabit. Tetapi dibidas oleh netizen yang lain kerana dua anggota itu hanya menjalankan tugas mereka sahaja. 


Apa pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di Facebook dan Instagram kami. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

No comments