'Saya perlukan PA untuk membantu perniagaan saya' - DS Vida sedih dituduh jadikan PA baharunya (Abang Qu) sebagai anak ikan
Empat hari lalu, usahawan Datuk Seri Vida memperkenalkan pembantu peribadi baharunya iaitu Abang Qu yang menggantikan Iqbal Zulkefli.
Menurut Vida, Abang Qu atau nama sebenar, Qushayry berusia 26 tahun berasal dari Selangor akan dibayar dengan gaji RM10,000 sebulan
"Pastinya gaji lebih daripada RM10,000. Saya memerlukan PA daripada tiga empat bulan lepas. Kalau saya cari yang tua, nanti mengantuk 'ngak ngak'. Saya perlu positif energy," katanya.
Bagaimanapun di media sosial, ramai netizen mendakwa Abang Qu adalah 'anak ikan' baharu usahawan kontroversi itu. Dakwaan tidak berasas itu menyebabkan Vida terkilan dan tampil memberi penjelasan.
"Saya tersenyum dan dalam hati rasa sedih sedikit. Tetapi saya percaya pertemuan dan perpisahan itu telah ditetapkan. Pasti ada hikmah.
"Saya seorang business women. Anak-anak pun masih belajar lagi. Saya pula jenis yang kasihan untuk minta mereka handle business. Jadi saya putuskan untuk keep on pushing lagi. Penat, tetapi saya tekad juga untuk berusaha.
"Kadang-kadang saya terfikir, bisnes saya semakin berkembang dan anak-anak pula masih kecil. Jadi masa itu saya putuskan saya perlukan P.A untuk membantu saya. Walaupun saya tahu ramai yang 'mungkin' tidak senang, tapi saya yakin laluan yang saya pilih ini Tuhan sudah tentukan.
"Pokoknya, tak kisah apa bidang pun yang diceburi, yang penting fokus dan bersungguh-sungguh. Sekarang ini saya tak kata senang tetapi Alhamdulillah memang dapat beli apa saya nak pada tahap kemampuan saya sekarang," katanya.
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida
Post a Comment