(Video) 'Orang di sini (Sabah) fahamlah, kita yang tahu suasana di sini' - Dituduh riak, pendakwah tampil beri penjelasan


Susulan video viral pendakwah agama dikritik netizen kerana tidak beradab dan mengaibkan orang yang menerima sumbangan, pendakwah berkenaan tampil memberikan penjelasan mengapa dia berbuat demikian. 


Baca: (Video) 'Saya bukan nak jadi YB.. beras ini RM27...' - Netizen kritik cara pendakwah ini beri bantuan kepada golongan susah & dalam masa yang sama mengaibkan mereka 


Dalam video live semalam Hisammuddin Sulaiman menjelaskan, apa yang berlakunya bukannya seperti yang didakwa. Sebaliknya hanya orang tempatan sahaja yang faham akan situasi tersebut. 


"Ibu-ibu tahukan saya punya video itu, ibu tahu kan? Yelah, orang sini fahamlah (situasi). Kita yang tahu suasana di sini. Kita yang faham Sabah kan ibu? Siapa di depan kita, yang perlu kita bercakap begitu. 


"Bukan kita marah ibu, kalau kita marah baik kita berhenti. Kita menghadapi macam-macam. Kadang-kadang dia berebut dan melompat saja. Macam tadi pun sama, dia sudah ambil (sumbangan bekalan makanan), itu hari kan sana dia sudah ambil. Saya sudah tunjuk, bapak hari itu sudah ambil kan. Bila kita bagi, dia lompat saja. Satu orang tak dapat tadi, kesian betul. Ini masalah dia. 


"Jadi dalam video itu ibu nampak, isunya saya suruh solat saja kan? Bukan suruh buat benda lain. Sebab apa? Orang-orang yang memberi sumbangan juga, yang ada juga bersama dengan saya memberi bantuan ini, mereka juga nak menyumbang, mereka pun nak juga bahagian-bahagian itu. 


"So ibu, saya nak minta ibu bantu saya, ibu solat je. Tolong solat ye. Doakan saya, sihat. Saya tak sihat ni, kaki sakit. Tapi saya datang juga sebab sayang dengan ibu semua, dengan bapak semua," katanya. 


Beliau juga berterima kasih kepada yang viralkan dua video tersebut kerana secara tidak langsung beliau dapat bertemu semula dengan rakan-rakan lamanya semasa tinggal di Port Dickson. 


"Ibu tengok ucapan saya itu (nada) tinggi, bukan nak marah orang tak pasal-pasal. Kita mengajar, saya ajar diorang ini, tanya siapa yang tak kena rotan? Semua kena rotan dan penampar lagi. Sebab apa? Nak mereka jadi orang. 


"Orang Semenanjung yang bising ni ibu. Kita di Sabah, biasa bah itu kan? Jadi orang Semenanjung yang bising ini kita minta diorang datang untuk membantu di Sabah ini. Bukanlah kita susah sangat pun, tetapi kita perlulah membantu orang-orang yang memerlukan. Sekarang ini masalah Covid-19, kita tersangkut/terkepung.


"Bukan masalah kita miskin, kita pun ada kereta. Bukan susah mana tetapi kita tersangkut, tak boleh kerja. Bukan kita malas, tak ada kerja, tak boleh kerja, itu saja. Kalau dah boleh kerja nanti, tak ada masalah sudah, kan? 


"Yang diorang bising kat kita sampai lemparkan kata-kata kesat pada saya. Saya maafkan diorang, terima kasih tolong viralkan dan share. Kita minta sembahyang saja, bukan untuk saya tetapi untuk ibu semua. Kalau tak tahu, tanya saya. Bukan saya nak marah tak pasal-pasal. 


"Cumanya di tempat hari itu, memang di kampung itu saya buat surau, kampung itu saya hantar sapi buat korban, buat pertandingan bola sepak, buat sukan budak-budak. Dulu saya ada sekolah tadika pintar di Port Dickson, jadi suara saya mengajar memang begitulah," katanya semasa menyampaikan sumbangan di kawasan Keningau. 



Sumber: Facebook Hisammuddin Sulaiman


No comments