'Apakah isteri kau enak atau tidak?' - Berang isteri dihina, lelaki pukul rakannya sampai mati


Dua lelaki nekad membunuh rakan sendiri bernama Muhammad Manpalufi, 24, kerana sakit hati dengan soalan yang diajukan kepada salah seorang suspek. 


Ketua Polis Daerah Kudus, Aditya Surya Dharma berkata, kejadidan itu berlaku di Desa Jepang, Jawa Tengah, Indonesia, dua suspek terbabit yang hanya dikenali sebagai OS dan TS. Suspek utama, OS, 23, mengakui bahawa dia tidak sengaja dan tiada niat membunuh mangsa. 


Difahamkan sebelum kejadian itu, OS dan beberapa rakannya sedang minum minuman keras dan secara tiba-tiba mangsa bertanyakan soalan yang tidak wajar mengenai isteri suspek. 


"Dia menghina isteri saya. Dia tanya, 'Apakah isteri kau enak atau tidak?' dalam keadaan mabuk, membuatkan saya sakit hati," katanya dalam sidang media pada Khamis, 24 Jun 2021. 


OS yang gagal mengawal kemarahannya bertindak memukul mangsa bertubi-tubi menggunakan tongkat kayu, bersama dengan rakannya, TS, sehingga mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri. Selepas melakukan jenayah itu, kedua-dua suspek beredar dari lokasi meninggalkan mangsa di sebidang tanah kosong dan kembali tidur di tempat mangsa dipukul. 


Keesokan paginya, suspek melihat mangsa masih berada di tempat yang sama dan tidak bergerak. Setelah diperiksa, rupa-rupanya mangsa telah meninggal dunia. Kedua-dua suspek yang ketakutan terus menutup mayat mangsa menggunakan daun sebelum melarikan diri ke daerah lain. 


Kedua-dua suspek bagaimanapun telah ditahan dan akan dikenakan tindakan undang-undang. 


Sumber: Agensi

No comments