'Ni jenis main sapu semua yang datang ke apa?' - Wanita (isteri orang) dakwa diganggu anggota polis yang salahguna maklumat dirinya
Seorang wanita mendakwa, dia dihubungi anggota polis melalui aplikasi WhatsApp tidak beberapa lama selepas dia datang ke balai berkenaan untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri bersama suaminya untuk menghantar adik yang mempunyai masalah kesihatan ke hospital.
"Kau tengoklah, macam mana orang nak percaya polis? Aku pergi balai mintak kebenaran ke hospital, dia ambil nombor WhatsApp benda tak perlu. Motif? Nak kata aku lawa sangat, aku tak buka mask pun tadi dan aku deal dengan officer perempuan. Dia duduk tepi je. Ini jenis main sapu semua yang datang (ke balai) ke apa?
"This happened so often sampai orang rasa normal, when it is not. Awak sedar tak polis tu badan beruniform? Ada badge dan uniform boleh buat apa-apa dengan data kita?" tulisnya di Twitter.
Berdasarkan gambar tangkap layar tersebut, anggota terbabit bertanya mengenai pekerjaan wanita itu. Selepas pengadu menjawab pertanyaan itu dan menyoal kembali tujuan anggota itu menghubunginya melalui WhatsApp, anggota berkenaan hanya memberi alasan 'saja bertanya'.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pengadu berusia 26 tahun itu datang ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran merentas negeri sebelum dihubungi seorang anggota polis.
Kesal dengan penyalahgunaan kuasa dan maklumat yang diberi, pengadu yang juga penganalisis pelaburan itu telah datang ke Balai Polis Gombak pada jam 7.30 malam Selasa, 29 Jun 2021 untuk membuat laporan.
Bertindak di atas laporan pengadu, anggota terbabit telah dikenal pasti dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan.
"Pihak polis tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota melakukan sebarang salah laku dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan," katanya.
Sumber: Harian Metro, Twitter Pengadu
Post a Comment