'Tengah mop lantai, terdengar rintihan suara di tandas, rupanya...' - Lelaki liwat budak dalam tandas masjid sebanyak 8 kali, ditangkap pengawal keselamatan
Seorang lelaki bernama Aldi Maulana ditahan polis kerana meliwat kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun di tandas sebuah masjid di Lhokseumawe, Indonesia.
Suspek yang berusia 22 tahun itu dilaporkan seringkali melakukan perbuatan keji itu di tandas Masjid Agung Islamic Center, Kota Lhokseumawe, Aceh. Ketika melakukan perbuatan jijik itu, Aldi akan membuka pili air sederas yang mungkin bagi menenggelamkan suara rintihan mangsa liwatnya.
Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar pada 30 Mei 2021 di mana seorang petugas kebersihan masjid bernama Zulfikar, terdengar rintihan mangsa.
Ketika sedang mengelap lantai masjid, Zulfikar terdengar suara rintihan yang datang dari tandas. Mendengar suara itu, Zulfikar kemudian mengadu kepada pengawal keselamatan masjid, Irmawansyah dan Safyanmus.
Dua pengawal keselamatan itu terus pergi ke tandas dan membuka pintu yang dikunci dari bahagian dalam dan mendapati Aldi dan mangsa berada dalam keadaan tidak berpakaian.
Aldi yang memakai baju Starbucks dan berseluar jeans warna kelabu bersama dengan mangsa dibawa ke pondok pengawal sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut.
Siasatan awal mendapati, bekas mahasiswa terbabit mengakui telah meliwat mangsa sebanyak lapan kali. Polis masih menjalankan siasatan dan suspek akan dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan undang-undang.
Sumber: Agensi
Post a Comment