Suami kelar leher isteri sampai mati sebelum kelar leher sendiri, padahal baru 2 minggu berkahwin
Mayat sepasang suami isteri ditemui dalam keadaan mengerikan di kediaman mereka di Desa Cot Jabet, Kecamatan Gandapura, Kabupaten Bireuen, Aceh, pada subuh Khamis, 3 Jun 2021.
Pasangan berkenaan, Abdul Karim, 34, dan isterinya, Kartini, 34, ditemui dalam keadaan leher mereka telah dikelar.
Menurut sumber, Abdul Karim terdahulu mengelar leher Kartini dengan menggunakan pisau. Setelah membunuh isterinya, Abdul Karim juga membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan cara yang sama.
Kematian pasangan itu amat mengejutkan banyak pihak kerana mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga dua minggu yang lalu.
Mayat pasangan itu ditemui oleh saksi pertama, Hasan, 66 tahun, iaitu mertua Abdul Karim yang tinggal bersama dengan mereka. Kira-kira jam 4 pagi, Hasan sempat mendengar suara Kartini memanggil namanya yang dipercayai pada ketika itu leher Kartini telah dikelar.
Merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan anak perempuannya itu, Hasan bangkit dan memeriksa keadaan bilik mereka dengan mengintip dari celah jendela. Hasan mendapati anak perempuannya dan menantunya dalam keadaan berlumuran darah.
Takut dan panik dengan apa yang dilihat, Hasan terus memaklumkan kepada ahli keluarganya yang lain dan kemudian datang memecahkan pintu bilik pasangan berkenaan.
Ketika masuk ke dalam bilik, Hasan mendapati Kartini sudah meninggal dunia dengan luka parah di bahagian leher, manakala Abdul Karim masih meronta-ronta sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Hasan dan keluarga segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Siasatan awal mendapati, polis mengesyaki Abdul Karim mengelar lehernya sendiri selepas menghabiskan nyawa isterinya.
Sumber: Agensi
Post a Comment