'Time kritikal camni pun ajak rakyat main TikTok?' - Netizen kritik Menteri Pendidikan Tinggi anjur pertandingan TikTok
"Jom join TikTok Contest. Kongsikan video mengikut kreativiti masing-masing dengan saya. Ada hadiah menarik menanti anda!" tulisnya.
Difahamkan, pertandingan itu bermula sejak 8 hingga 14 April dan hanya boleh disertai oleh mereka yang berusia 18 hingga 26 tahun sahaja.
Selain itu, peserta tidak boleh menyentuh hal-hal sensitif berkaitan agama, bangsa dan negara. Peserta juga perlu 'tag' tiga rakan yang lain dalam video masing-masing termasuk hashtag #staysafe #kitamestimenang #kesanakesini.
Bagaimanapun, netizen memberikan reaksi yang kurang menyenangkan dengan mengkritik menteri berkenaan mengalakkan rakyat Malaysia 'berseronok' di kala negara menghadapi krisis nasional.
Seorang individu juga telah membuat petisyen melalui change.org yang mendesak Ahli Parlimen Parit Sulong itu meletak jawatan susulan menganjurkan pertandingan tersebut yang mengundang ketidakpuasan hati netizen.
Setakat ini, petisyen itu sudah ditandatangani oleh 471 orang dari sasarannya, 500.
Difahamkan, Dato Noraini telah membuang post tersebut dari Twitternya selepas dikritik teruk oleh netizen.
Setakat ini, petisyen itu sudah ditandatangani oleh 471 orang dari sasarannya, 500.
Sumber: World of Buzz, Hafizah Ismail
Post a Comment