Last resort, Zoo Jerman terpaksa sembelih haiwannya sendiri untuk diberi makan kepada haiwan lain


Pengarah di sebuah zoo di Jerman mengakui, bagi memastikan zoo mereka terus bertahan, pihaknya mungkin terpaksa 'menghidang' haiwan mereka sendiri kepada haiwan lain. 

Zoo yang merupakan antara tempat tumpuan pelancong itu telah ditutup susulan dari penularan wabak Covid-19. Keadaan itu menjejaskan pendapatan zoo dan memaksa mereka untuk mencari bantuan dana bagi memastikan haiwan dalam zoo mendapat bekalan makanan mencukupi. 

"Kami telah menyenaraikan haiwan yang akan disembelih dulu," kata Verena Kaspari, pengarah Zo Neumunster kepada media Jerman, Welt. 

Kaspari berkata, adalah sukar untuk membuat keputusan itu tetapi ia adalah pilihan terakhir kerana haiwan-haiwan itu tidak dapat dibawa ke mana-mana.

Meskipun begitu, langkah itu tidak akan menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi kerana beberapa bulan akan datang juga tidak akan ada pelawat yang datang. 

Menyediakan makanan untuk haiwan di zoo memerlukan perbelanjaan yang besar. Kaspari memberi contoh haiwan seperti penguin dan anjing laut yang memerlukan kuantiti ikan yang banyak setiap hari.

"Jika keadaan ini berterusan, saya terpaksa berbuat demikian dari membiarkan mereka mati kelaparan," katanya. 

Difahamkan, Zoo Neumunster, seperti mana zoo yang lain di Jerman, tidak dilindungi oleh dana kecemasan negara. Kini pihak Zoo Neumunster sedang memohon sumbangan dari orang awam dan juga kerajaan bagi menanggung kos penjagaan haiwan dalam zoo. 

Sumber: Daily Mail

No comments