Budak 8 tahun diliwat jiran lebih 20 kali di hotel bajet


Polis menahan seorang lelaki kerana meliwat anak jirannya lebih 20 kali apabila dia membawa kanak-kanak lelaki itu keluar berjalan-jalan termasuk bermalam di sebuah hotel bajet di sini sejak bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor, berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 33 tahun memaklumkan anak lelakinya berumur lapan tahun mengadu sakit dan pedih di bahagian duburnya setiap kali keluar dengan suspek berusia 57 tahun itu.

“Wanita itu membuat laporan polis pada 28 Mac lalu dan menurut ibu murid Tahun Dua berkenaan, lelaki berkenaan sudah beberapa kali membawa mangsa keluar bersiar-siar dalam pengetahuannya termasuk pada 17 Mac lalu apabila membawa budak itu tidur di sebuah hotel bajet.

“Anaknya juga beberapa kali mengadu bahagian dubur mangsa terasa sakit dan pedih. Wanita itu membuat laporan polis selepas mengesyaki ada yang tidak kena berdasarkan apa yang diceritakan kanak-kanak berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis membawa mangsa mendapatkan rawatan serta pemeriksaan doktor sebelum mendapati kanak-kanak itu diliwat.

Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, polis juga sudah melengkapkan kertas siasatan dan pihak Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk mendakwa lelaki yang belum berkahwin serta tidak bekerja itu di Mahkamah Butterworth esok dengan 23 pertuduhan meliwat. 

Sumber: Bernama

No comments