Permohonan baru & rayuan bagi BPN hendaklah dibuat selewat-lewatnya 30 April
Semua permohonan baharu dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 30 April ini, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut LHDN, isi rumah atau individu bujang yang memenuhi kriteria yang ditetapkan, tetapi tidak tersenarai atau tidak lulus BPN boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BPN di https://ift.tt/3bHXsQg.
"Setiap permohonan baharu dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada bulan Mei 2020. Bagi permohonan yang lulus, bayaran secara sekali gus juga akan dilakukan pada bulan Mei 2020," kata LHDN dalam kenyataan hari ini.
LHDN berkata, pemohon boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas https://ift.tt/3aIny4I /Faq/BPN2020_(FAQ)_BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2017042020).pdf.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara itu boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara); HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDN atau melalui laman Facebook dan Twitter LHDN.
Sumber: Bernama
Post a Comment