'Dia terlalu tua...' - Bekas pelakon filem dewasa menyesal kahwin dengan lelaki tua, kini sudah bercerai


Bekas bintang filem dewasa Thailand ini akhirnya meluahkan rasa kesal berkahwin dengan lelaki warga emas yang 39 tahun lebih tua daripadanya. 

Nong Nat, 33, berkahwin dengan jutawan Amerika, Harold Jennings Nesland, 72, pada 2012. Namun selepas beberapa bulan kemudian, Nong Nat mengambil keputusan untuk bercerai dan kembali bekerja dalam bidang filem dewasa.

Meskipun sudah bercerai, Nong Nat masih memiliki aset yang banyak dan keadaan kewangannya tidak terjejas. Nong Nat tidak lagi berhubung dengan bekas suaminya itu, mahupun meminta nafkah dari lelaki berkeenaan. Dia menegaskan bahawa dia mampu mencari pendapatannya sendiri. 

Jelas Nong Nat, dia mengambil keputusan untuk bercerai kerana tidak puas dengan perhubungannya itu di mana dia selalu merasakan hubungan mereka seperti ayah dan anak ketika dia berada di rumah. 

Selain itu, Nong Nat juga berasa bimbang dengan tahap kesihatan Harold. Dia bimbang jika suaminya mengalami serangan jantung ketika bersama dengannya. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk bercerai. 

"Dia terlalu tua. Dia memerlukan orang yang boleh merawat dan menjaganya sepanjang waktu," katanya. 

Selepas bercerai, Nong Nat mengakui dia telah didekati 100 orang lelaki muda yang mahukannya tetapi dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan kerana tidak mahu tersilap langkah buat kali kedua. 

Bagi Nong Nat, dia mahu mencari pasangan yang berasal dari Thailand dan juga mempunyai kewangan yang kukuh selama lima tahun. 

No comments